Breaking news

Tuesday, 27 October 2020

40 sijil dalam masa 5 tahun, Priscilla pecah rekod

Priscilla Prasena memegang sijil “Malaysia Book of Records”. (Gambar Priscilla Prasena)

GEORGE TOWN: Biasanya bagi seorang individu untuk mendapatkan sekeping sijil akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan krusus. Tetapi tidak buat Priscilla Prasena, 37, dia hanya mengambil masa lima tahun untuk mendapatkan 40 sijil profesional sehingga kejayaannya itu diiktiraf dan dicatatkan dalam “Malaysia Book of Recods”.

Wanita yang berasal dari Penang ini mengatakan, Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bagi memerangi pandemik Covid-19, bukan penghalang buat dirinya menghabiskan 10 krusus dalam talian.

Hari ini, dia mempunyai 40 sijil profesional dalam bidang data sains, “Lean Six Sigma”, pengurusan projek, “Internet of Things” dan lain-lain. Selain itu dia turut mempunyai ijazah dalam komunikasi korporat dan MBA (ijazah sarjana muda dalam pengurusan perniagaan).

“Bagi saya ijazah sahaja tidak mencukupi. Sijil profesional memberikan lebih banyak peluang kepada kita terutamanya yang berkaitan dengan kemahiran. Sijil-sijil ini membuatkan saya menjadi pakar dalam beberapa perkara dan lebih yakin dalam kehidupan,” jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Priscilla merupakan pelatih separuh masa dan juga aktivis sosial, sebelum ini dia bekerja di sebuah syarikat multinational German. Dia juga merupakan wartawan di FMT selama dua tahun.

Ditanya bagaimana dia boleh memiliki sehingga 40 sijil profesional dalam masa yang singkat, Priscilla berkata, “Ia berpunca dari sifat ingin tahu bagaimana sesuatu perkara itu terjadi.

“Setiap kali syarikat menawarkan peluang menyertai krusus profesional, selalunya sayalah yang akan menerima tawaran tersebut dan untuk 40 jenis krusus, saya telah membelanjakan hampir RM100,000,” jelasnya.

Melihat kepada perjalanan ekonomi sekarang ini, Priscilla menyarankan orang ramai untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang sememangnya penting di dalam industri pekerjaan.

“Sekarang adalah masa yang amat mencabar bagi kita semua, mempunyai ilmu dan kemahiran adalah sesuatu yang amat bernilai. Ambillah peluang untuk mempelajari skil baharu. Ilmu ini tiada had, kejarlah ia dan lihatlah sejauh mana prestasi anda berkembang selepas memilikinya,” nasihat Priscilla.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2TqHXVI
via IFTTT

No comments:

Post a Comment