Aktor Bollywood, Sanjay Dutt mengumumkan kemenangannya melawan kanser paru-paru tahap empat yang dideritanya sejak sekian lama. Sebelum ini, berita Sanjay Dutt yang didiagnosis kanser paru-paru membuat ramai peminatnya bersedih. Mereka turut mendoakan agar Sanjay segera sembuh.
Berita kesembuhan ini diumumkan Sanjay melalui Twitter miliknya dan berkata ia adalah hadiah ulang tahun untuk kedua anak kembarnya, Shahraan dan Iqra.
Dia juga berkata selama ini, pertempuran melawan penyakit ini adalah sangat sulit bagi dirinya dan keluarga. Namun, akhirnya dia berjaya mengalahkan sel kanser pada paru-parunya.
“Beberapa minggu lalu adalah tempoh yang begitu sukar untuk saya dan keluarga. Tapi seperti yang sering diperkatakan, tuhan memberikan dugaan paling sukar kepada tentera terkuatnya. Hari ini sempena ulang tahun anak-anak, saya gembira kerana berjaya melepasi perjuangan ini dan dapat memberikan mereka hadiah yang terbaik boleh diberikan iaitu kesihatan dan kesejahteraan keluarga kami,” ciapnya.
Dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dirinya hingga membuatnya menjadi kuat. Sanjay Dutt juga tidak lupa berterima kasih kepada para doktor yang telah membantu pengubatinya selama ini.
Beberapa bulan lalu, doktor mengesahkan Dutt didiagnosis kanser paru-paru. Namun, setelah melalui beberapa rawatan intensif, doktor telah memberikan khabar gembira bahawa dia kini bebas dari penyakit tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/3dWv8fp
via IFTTT
No comments:
Post a Comment