Breaking news

Friday 23 October 2020

3 maut, 52 cedera dalam letupan saluran gas di Thailand

Sekurangnya 30 keluarga terjejas akibat insiden letupan saluran paip gas asli di Samut Prakan, Thailand dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti punca kejadian. (Gambar Bernama)

BANGKOK: Tiga orang terbunuh, manakala 52 cedera selepas saluran paip gas asli meletup di Samut Prakan, tenggara Bangkok, semalam

Dalam kejadian jam 12.55 tengah hari (waktu tempatan), saluran paip gas asli itu yang dikendalikan oleh syarikat milik PTT Public Company Limited (PTT) mengalami kebocoran dan terbakar.

Menurut laporan Bangkok Post, susulan letupan itu, sekurang-kurangnya 4 buah rumah rosak teruk dan 6 buah mengalami kerosakan bumbung.

Gabenor Wilayah Samut Prakan, Wanchai Kongkasem berkata, sekurangnya 30 keluarga terjejas akibat insiden itu dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti punca kejadian letupan itu.

“Mangsa mengalami kecederaan melecur dan dikejarkan ke hospital berdekatan dan pusat pemindahan dibuka untuk membantu mangsa,” katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian.

Beliau berkata, PTT menutup saluran paip itu dan kawasan itu kini selamat.

Sementara itu, jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri berkata, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan pihak berkuasa segera melakukan pemeriksaan dan menyiasat punca kejadian serta menghulurkan bantuan kepada mangsa.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2HivTnn
via IFTTT

No comments:

Post a Comment