Breaking news

Wednesday 21 October 2020

Jaya Grocer klia2 ditutup selepas 2 pengawal keselamatan positif Covid-19

Premis Jaya Grocer di klia2 kini ditutup sehingga notis selanjutnya.

PETALING JAYA: Premis Jaya Grocer di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ditutup sementara selepas 2 pengawal keselamatan luar disahkan positif Covid-19.

Pengurusan Jaya Grocer berkata mereka mengambil inisiatif untuk membuat ujian saringan terhadap semua kakitangan luar di seluruh Lembah Klang sejak minggu lalu.

Tambahnya, semua pengawal keselamatan luar yang didapati negatif Covid-19, bagaimanapun akan diganti sementara dengan kakitangan tempatan.

“Jaya Grocer klia2 akan ditutup bermula hari ini, 20 Oktober, sehingga notis selanjutnya. Semua kakitangan dari premis ini akan menjalani ujian swab, ” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, pembasmian kuman dan pembersihan sudah dijalankan di premis terbabit selepas ditutup semalam.

Beberapa minggu lalu, kes Covid-19 dilaporkan di pelbagai pusat beli-belah di Lembah Klang berikutan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2H9DzZ1
via IFTTT

No comments:

Post a Comment