Breaking news

Wednesday 21 October 2020

Bekalan air di 83% kawasan terjejas di Lembah Klang pulih

Air Selangor berkata, 215 kawasan masih menghadapi gangguan bekalan air.

PETALING JAYA: Bekalan air di 83% atau 1,077 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur pulih setakat 6 pagi ini, selepas oeprasi 4 loji rawatan air Sungai Selangor terpaksa dihentikan akibat pencemaran bau pada Isnin lalu.

Air Selangor Sdn Bhd berkata, 215 kawasan yang terjejas masih dalam proses pemulihan, dengan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya menjelang 8 pagi esok.

Bekalan air di Hulu Selangor sudah pulih sepenuhnya, manakala Kuala Selangor pulih 99%, Petaling (94%) dan Kuala Lumpur (89%).

Bekalan air di Kuala Langat hanya pulih 50%, Klang/Shah Alam (54%) serta Gombak (71%) setakat ini.

Air Selangor menasihatkan pengguna yang mendapat semula bekalan air supaya menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasna terjejas berjalan lancar.

Seramai 1,196,457 pemegang akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, selepas 4 LRA Sungai Selangor dihenti tugas ekoran pencemaran bau pada Isnin lalu.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3odUzh4
via IFTTT

No comments:

Post a Comment