Breaking news

Thursday 22 October 2020

Daun kelur dan khasiatnya

Daun kelur mempunyai tujuh kali vitamin C oren dan empat kali vitamin A karot. (Gambar Pinterest)

PETALING JAYA: Pokok kelur atau Moringa Oleifera adalah antara pokok yang popular di kalangan masyarakat India kerana khasiat daun dan buahnya. Malah, buah keluar juga amat terkenal dengan masyarakat Malaysia yang menggunakan ia di dalam masakan. Jika diperhatikan, kebanyakan masyarakat India akan menanam pokok ini di rumah mereka. Kelur juga digunakan dalam perubatan Ayurvedik.

Pokok kelur juga dikenali dengan nama “Miracle Tree” atau “Ben Oil Tree”. Ia juga telah disenarai sebagai makanan yang kaya dengan pelbagai khasiat. Pokok kelur mempunyai protin yang boleh didapati dalam telur dan dadih, menjadikan ia satu alternatif kepada mereka yang hanya memakan sayur atau ‘vegetarian’.

Ia juga mengandungi kandungan asid amino yang tinggi, membantu memperbaiki sel dan tisu.

Daun kelur sedap dimasak atau dikeringkan dan dijadikan serbuk, enak dimasukkan ke dalam jus buah-buahan atau dijadikan teh.

Daun kelur rasa seperti ‘matcha’ dengan percikan teh hijau memberikan gabungan rasa manis dan pahit. (Gambar Pinterest)

1. Meningkatkan kesihatan kulit

Kelur kaya dengan vitamin A dan E yang meningkatkan kesihatan kulit. Ia mempunyai bahan anti-radang semulajadi yang membantu mengelak serta memperbaiki kerosakan sel dan jerawat, juga mengurangkan kerosakan kolagen.

Vitamin E yang terdapat dalam kelur dikatakan mempunyai elemen pelembap yang membantu mengelakkan kulit kering dan mengelupas. Kandungan asid oleik yang dikatakan mempunyai bahan anti penuaan membantu menambah kembali lembapan pada kulit rosak dan mengurangkan hiper pigmentasi.

2. Meningkatkan sistem imun

Daun kelur kaya dengan zat besi, vitamin A dan beta karotin yang juga merupakan nutrisi peningkat imun yang membantu tubuh menangkis penyakit dan jangkitan. Kelur juga dikatakan mempunyai bahan “adaptogenik” yang membantu mengurangkan tekanan dan memperbaiki kesihatan.

Kelur juga boleh didapati dalam bentuk kapsul. (Gambar Pinterest)

3. Membantu melawan kepenatan

Kelur mengandungi lebih banyak zat besi dari bayam. Ini bermakna menambahkan ia di dalam diet anda boleh mengurangkan kepenatan dan keletihan. Zat besi juga penting dalam membina dan mengekalkan otot. Oleh kerana ia kaya dengan zat besi dan protin, maka sudah tentulah ia menjadi makanan tambahan yang hebat untuk “vegetarian” yang memerlukan makanan seimbang.

4. Kencing manis

Kajian awal mendapati insulin seperti protin dalam kelur boleh membantu merendahkan kadar gula di dalam darah dan bahan kimia yang ditemui dalam daunnya dapat membantu memproses gula dan memberi kesan bagaimana insulin dilepaskan. Ia juga digunakan dalam perubatan Ayurvedik untuk merawat penyakit kencing manis.

Daun kelur juga merupakan makanan hijau yang baik untuk diet jika digunakan dengan betul. Tetapi ia bukan penyembuh, jadi dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa rawatan alternatif.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2IMqy7W
via IFTTT

No comments:

Post a Comment