Vitamin D adalah jenis vitamin larut lemak yang membantu penyerapan serta mempertahankan kalsium dan fosfor di dalam tubuh. Fungsi vitamin D penting untuk membangunkan tulang agar tetap sihat dan kuat. Selain itu, vitamin D juga terbukti mengendalikan infeksi, mengurangi keradangan dan mencegah pertumbuhan sel kanser.
Hasil penyelidikan membuktikan, kekurangan vitamin D boleh menyebabkan penyakit jantung, kanser, diabetes, peningkatan berat badan serta depresi. Oleh itu, setiap individu perlu mendapatkan vitamin D yang cukup setiap hari.
Menurut laman rasmi “Harvard T.H. Chahn School of Public Health”, orang dewasa perlukan 600 IU vitamin D setiap hari. Manakala, mereka yang berusia 70 tahun memerlukan 800 IU setiap hari.
Antara cara paling mudah mendapatkan vitamin D ialah dengan berjemur selama 10 hingga 15 minit setiap hari.
Selain itu, ia juga boleh didapati daripada makanan berikut:
1. Ikan salmon
Ikan salmon adalah ikan berlemak termasuk dalam makanan sumber vitamin D. Satu potongan ikan salmon seberat 100 gram memiliki 526 IU vitamin D. Jumlah tersebut mencukupi 66 peratus vitamin D yang diperlukan tubuh setiap hari.
2. Ikan haring
100 gram ikan haring mempunyai 216 IU vitamin D. Ikan dari lautan Atlantik ini mencukupi 27 peratus vitamin D yang diperlukan tubuh setiap hari. Selain ikan haring, ikan berlemak yang mengandung vitamin D ialah mackerel.
3. Minyak hati ikan kod
Minyak hati ikan kod termasuk dalam jenis suplemen vitamin D. Satu sudu teh minyak hati ikan kod mengandungi 448 IU vitamin D. Ianya mencukupi 56 peratus vitamin D yang diperlukan setiap hari.
Selain banyak mengandung vitamin D, minyak hati ikan kod juga kaya dengan vitamin A dan asam lemak omega-3. Namun, hindari dari mengambilnya secara berlebihan agar tidak menjadi racun di dalam tubuh.
4. Kuning telur
Kuning telur juga termasuk makanan yang mengandung vitamin D. Satu kuning telur biasanya memiliki 37 IU vitamin D dan ia mencukupi 5 peratus vitamin D yang diperlukan setiap hari.
5. Cendawan
Menurut kajian pakar klinikal mendapati, beberapa jenis cendawan termasuk makanan sumber vitamin D yang baik. Sebanyak 50 gram cendawan mengandung 562 IU vitamin D atau mencukupi 94 peratus vitamin D yang diperlukan setiap hari.
Sebanyak 50 gram cendawan “shiitake” mengandung 77 IU vitamin D atau mencukupi 12 peratus vitamin D yang diperlukan setiap hari. Sedangkan cendawan lain yang dipancari sinar ultra juga kaya dengan vitamin D.
Sebanyak 50 gram cendawan “portobello” yang diberi paparan sinar UV memiliki 568 IU vitamin D atau mencukupi 95 peratus vitamin D yang diperlukan tubuh setiap hari.
Oleh itu, pastikan anda menambah makanan yang kaya dengan vitamin D ke dalam menu makanan anda setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang sihat.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/35nA4pH
via IFTTT
No comments:
Post a Comment