Breaking news

Tuesday 29 September 2020

Tanpa Musa, Hajiji pilihan yang jelas, kata penganalisis

Oleh kerana BN menggugurkan Musa Aman, persaingannya antara Hajiji Noor dan Bung Moktar Radin.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata Hajiji Noor dari PPBM menjadi “pilihan yang jelas” sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah untuk ketua menteri (KM), selepas Barisan Nasional memilih untuk tidak meletakkan bekas ketua menteri Musa Aman pada pilihan raya negeri.

“Ini akan membuatkan perbezaan ketara (kalau Musa bertanding) kerana ‘auranya’ sebagai bekas KM pasti akan mengatasi Hajiji,” kata Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau berkata Ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin, akan menjadi liabiliti kerana perbicaraan rasuah beliau masih sedang berjalan.

Hajiji dinamakan pakatan Gabungan Rakyat Sabah semalam, walaupun Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, berkata gabungan itu membantah jawatan itu diserahkan kepada parti lain.

Azmi Hassan

Azmi berkata sekiranya BN berkeras mahu calon mereka dipilih, “ia akan memanjangkan isu KM dan memberi Warisan peluang untuk merampas kuasa”.

Dengan kompromi Umno ini, parti itu mungkin mendominasi jawatan Kabinet seperti memegang jawatan timbalan ketua menteri dan menteri.

Perselisihan dalaman BN

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata perselisihan antara pemimpin Umno Sabah antara sebab BN “menyerahkan” jawatan KM.

Awang Azman Pawi

“Kalau diikutkan, semua pemimpin Umno membantah cubaan PPBM Sabah untuk mendominasi arena politik,” katanya.

Terdapat calon lain yang sesuai selain Bung dan Hajiji tetapi tidak diberi peluang. “Sekiranya Musa bertanding, beliau pasti akan menjadi KM.”

Azman menambah Hajiji sekarang perlu menunjukkan “kemurahan hatinya” dan tidak memonopoli kedudukan strategik seperti kementerian kewangan dan kementerian kerja.

“Serahkan ia kepada timbalan ketua menteri. Tidak akan berlaku perebutan kuasa kalau beliau buat begitu.”



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2S7D7w6
via IFTTT

No comments:

Post a Comment