Breaking news

Friday 25 September 2020

Jangan gosok gigi lebih dari 2 minit

Menggosok gigi lebih dari 2 minit boleh merosakkan enamel dan gusi anda.

Kita selalu diingatkan agar menggosok gigi selepas makan untuk menjaga kesihatan gigi.

Namun menggosok secara keterlaluan juga boleh merosakkan enamel dan gusi anda.

Dua minit adalah masa yang paling maksimum untuk memberus gigi. Kurang dari dua minit pula mungkin tidak cukup lama untuk membersihkan gigi anda.

Cara memberus gigi yang betul ialah dengan menggosok di bahagian tepi gigi rahang anda dahulu. Diikuti dengan bahagian dalam dan di belakang gigi hadapan. Atas dan bawah. Dan akhiri dengan gigi di bahagian hadapan.

Jangan berkumur sebaik sahaja anda habis menggosok gigi. Ini kerana ubat gigi yang terbaik ialah yang mengandungi fluorida, yang memerlukan sedikit masa untuk melindungi enamel gigi anda.

Masa dua minit adalah terbaik untuk memberi lebih masa kepada kandungan fluorida dari ubat gigi bertindak melindungi gigi.

Semasa menggosok gigi, pastikan berus berkedudukan 45 darjah bertentangan dengan gusi agar ia tidak kena dengan gusi yang mungkin akan mengakibatkan gusi anda berdarah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2FWssBO
via IFTTT

No comments:

Post a Comment