Selalu tengok sawi kurus, yang ini besar. 3 pokok saja boleh cecah 3kg. Nak tanam sawi giant ini pun mudah saja.
Lagi bagus buat 3 pusingan macam yang diajar oleh Azuan Abdullah ini. Setiap 3 minggu semai 10-15 pokok saja.
Tip tanam sawi giant, makan tak habis!
- Setiap 3 minggu, semai dan tanam 10 -15 pokok sawi.
- Buat 3 pusingan atau generasi.
- Pilih benih yang berkualiti. Eloknya cari jenis yang tak pahit dan tak berbunga.
- Yang bestnya tanam sawi giant ni, bila kita nak guna tak perlu cabut dengan akar. Memadai kita potong 2-3 helai daun yang kita nak masak sahaja.
- Sawi giant ni boleh bertahan 3-4 bulan. Boleh tuai seawal 3 minggu selepas tanam
- Tanam dalam petak tanaman. Nak tanam dalam tayar dan pasu pun boleh. Semuanya hidup subur.
- Guba tanah campuran sebagai media tanaman. Ia mudah nak urus dan jimat air serta baja.
- Baja yang digunakan NPK larut air 18.18.18 + mikro. Siram 2 kali seminggu. Ec bermula dari 1.5 hingga 2.5.
- Kawalan perosak dan penyakit guna racun organik buatan sendiri dan cuka kayu.
Yang bestnya makan sawi tanam sendiri ni ialah ia betul betul fresh dan 100% bebas racun kimia.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/3kyExNe
via IFTTT
No comments:
Post a Comment