Breaking news

Thursday, 13 August 2020

Syarikat Indonesia cipta aiskrim perisa Indomie, siap ada bawang goreng!

Aiskrim berperisa Indomie pertama di Indonesia siap ada bawang kriuk-kriuk yang ditabur.

Tiada yang boleh gantikan “legend” maggi goreng Indomie yang menjadi kegemaran ramai orang di Indonesia dan Malaysia.

Dengan kriuk-kriuk yang disediakan, maggi Indomie ini tak perlu tambah apa-apa dan sedap dimakan dengan cara asli saja.

Sejak beberapa tahun lepas bermacam inovasi yang dicipta diinspirasikan daripada Indomie goreng.

Antaranya adalah keropok perisa Indomie, burger Indomie, donat Indomie, kek Indomie, burrito Indomie dan macam-macam lagi.

Terbaru, sebuah syarikat aiskrim “Holi Ice Cream” di Indonesia mengeluarkan aiskrim berperisa Indomie dan ianya pertama di negara itu!

Kalau maggi Indomie ada kriuk-kriuk yang ditabur sebelum makan maggi itu, aiskrim ini pun ada bawang goreng yang ditabur dekat atas!

Selepas syarikat itu melancarkan aiskrim Indomie ini, ramai netizen di Twitter memberi respon dan pendapat mereka.

Rata-ratanya akui tidak percaya akan wujudnya ciptaan aiskrim berperisa Indomie ini dengan menganggap ianya satu “penghinaan” terhadap Indomie maggi.

Namun, ramai yang berkata mereka tertanya-tanya bagaimana agaknya aiskrim perisa Indomie ini dan tidak ketinggalan ada juga mengatakan pada mulanya mereka sangka ia adalah bekas lilin wangi yang selalu dijual dekat kedai perhiasan rumah.

Bagaimanapun pemilik Holi Ice Cream, Stephen berkata kerana terlalu sukakan maggi Indomie dia mendapat inspirasi untuk jadikan ia sebagai perisa aiskrim.

Apatah lagi dia memang suka makan aiskrim yang dihasilkan sendiri.

“Saya sedang menikmati Indomie goreng ketika itu dan terfikir kalau ada aiskrim berperisa Indomie ini memang cool.”

Perkara itu membuatkan Stephen terus melakukan kajian mencipta pencuci mulut perisa Indomie untuk dicuba sendiri dan dia sukakannya.

“Selepas itu, saya juga berikan aiskrim tersebut kepada orang lain tanpa beritahu mereka ianya perisa Indomie. Mereka kata rasanya sangat sedap dan semua terkejut bila dapat tahu sebenarnya itu adalah aiskrim Indomie.”

Aiskrim Indomie ciptaannya itu baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 10 Ogos lepas dan ia merupakan antara perisa terbaru yang dikeluarkan oleh Holi Ice Cream ketika ini.

Sebelum ini, mereka terkenal dengan ciptaan perisa aiskrim yang di inspirasi daripada bermacam-macam jenis makanan atau minuman. Antaranya perisa “Butterbeer” dan “Polyjuice Potion” yang diambil daripada filem Harry Potter dan perisa Cornflakes.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2Fk95SJ
via IFTTT

No comments:

Post a Comment