Disebabkan pendapatan yang tidak berapa tinggi ramai pasangan suami isteri yang mahu membeli kediaman meletakkan nama pasangan masing-masing dalam permohonan pinjaman perumahan.
Dengan harapan supaya profil kewangan lebih kukuh selain peluang untuk lulus pinjaman perumahan lebih tinggi.
Namun bagi suami isteri yang sedang merancang mengambil tindakan ini lebih baik semak dulu pro dan kontra melakukan pinjaman bersama atau joint loan.
Ini perkongsian yang dibuat di Twitter oleh penasihat kewangan @mohdkautharr.
Bagus atau tidak buat joint pinjaman dengan suami
Biasa orang akan joint pinjaman sebab nak kukuhkan profil kewangan.
Boleh beli rumah besar sikit. Kalau gaji suami RM3,000 mungkin layak rumah 300k, tapi bila gabung pendapatan menjadikannya RM5,000 jadi secara tidak langsung layak beli rumah RM500,000 – RM600,000.
Jika beli dua nama:
- Agreement loan ada 2 nama
- SnP/Geran rumah ada dua nama
- MRTT (takaful rumah) juga ada 2 nama
Jika suami meninggal dunia apa jadi?
50% – 300k suami punya
50% – 300k isteri punya
Bila suami meninggal 50% bahagian suami daripada loan akan dibayar dengan takaful.
50% bahagian isteri masih perlu dibayar macam biasa. Katakan bayaran bulanan RM2,000, maka isteri perlu bayar RM1,000 sehingga tamat tempoh.
50% bahagian suami jadi harta pusaka. Jadi apa isunya di sini?
Isunya adalah 50% bahagian si suami tadi sudah jadi harta pusaka. Maknanya 50% daripada rumah tersebut perlu melalui proses faraid.
Jika suami masih ada Ibu bapa, mereka boleh tuntut hak mereka daripada bahagian faraid.
Jika ibu bapa suami tak nak lepas hak dan tuntut 50% bahagian mereka, maka isteri perlu bayar RM250,000 untuk memiliki rumah tersebut sepenuhnya.
Kalau ada yang kata mertua mereka baik, ye mungkin baik. Tapi ada satu kajian dari UMK, 9/10 hal harta pusaka tidak berakhir dengan baik. Jadi berhati hati.
Apa akan jadi jika parent tetap berkeras menuntut hak mereka?
Rumah tersebut perlu dijual. Isteri ambil bahagiannya. Bahagian suami di bahagi mengikut faraid. Maka tinggalah si balu dengan anak anak tanpa rumah
Adakah sistem faraid salah?
Kenapa biasanya lelaki dapat bahagian lebih besar dalam faraid? Sebab ianya datang dengan tanggungjawab menjaga isteri dan anak anak yang ditinggalkan.
Apa isteri kena buat
Apa yang perlu buat?
- Tahu siapa waris isteri/suami kita
- Buat hibah rumah jika dah terbeli joint loan atau memang nak joint loan
- Suami ambil takaful dan letak nama isteri. Jumlah pampasan bersamaan harga rumah.
Dalam pada itu ada juga pinjaman perumahan Islam yang menggunakan 2 nama tapi si isteri tidak perlu membayar rumah jika suami meninggal dunia.
Namun bahagian suami tetap perlu faraid.
Sekiranya pihak suami mahu memastikan bahagiannya terus diberi kepada isteri maka sebaiknya membuat hibah bersyarat yang boleh dilakukan melalui perunding kewangan atau perunding harta pusaka.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/2DL7FQA
via IFTTT
No comments:
Post a Comment