Setiap hotel pasti mempunyai tarikan dan keunikannya tersendiri dalam mendapat perhatian untuk orang ramai memilih untu menginap di hotel mereka.
Malah pada masa yang sama ia memberi persaingan sihat di kalangan pengusaha hotel.
Pasti anda pernah dengar atau lihat restoran yang berkonsepkan taman dan dipenuhi dengan bunga serta tumbuh-tumbuhan.
Malah, ada juga kafe yang berkonsepkan seperti perpustakaan, bertujuan untuk menarik pelanggan yang gemar membaca.
Bagaimanapun sebuah hotel di Vietnam mempunyai keunikannya tersendiri apabila menawarkan bilik yang berkonsepkan penjara.
Reka bentuk dan peralatan di dalam bilik yang ditawarkan pula kelihatan agak pelik dan unik daripada hotel biasa.
Hotel dengan nama “Honey Houses” ini bukan sahaja menawarkan rekaan bilik ala-ala penjara, malah pihak hotel juga akan menyediakan alatan unik buat para pelanggan mereka seperti gari, kayu chota dan macam-macam lagi.
Harga yang ditawarkan oleh Honey Houses juga dilihat sangat berpatutan.
Sebuah bilik yang boleh memuatkan 2 orang untuk 2 hari dan 1 malam ditawarkan pada harga RM104 sahaja.
Buat anda yang bakal bercuti ke Vietnam dan mahukan kelainan dalam percutian, boleh cuba tinggal di Honey Houses ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/2BVkMxT
via IFTTT
No comments:
Post a Comment