Breaking news

Friday 24 July 2020

Bakal bersaing dengan TikTok, aplikasi dari Instagram ‘Reels’ punyai ciri lebih baik

Reels membolehkan penggunanya merakam video durasi 15 saat dan menyuntingnya dengan muzik dan audio pilihan sebelum dikongsikan ke Insta Story mereka.

Aplikasi media sosial terkenal Instagram bakal memperkenalkan ciri baru yang mempunyai fungsi ala TikTok bagi penggunanya mulai Ogos depan.

Syarikat itu mengumumkan mereka sedang bersiap sedia untuk melancarkan ciri perkongsian video berkenaan yang dinamakan Reels itu, di Amerika Syarikat dan 50 negara lain.

Kemunculan Reels dijangka menjadi saingan kepada populariti TikTok selepas aplikasi itu dilarang di beberapa buah negara seperti India.

Malah Amerika Syarikat juga menunjukkan tanda bakal melakukan larangan yang sama.

Reels membolehkan penggunanya untuk merakam video berdurasi 15 saat dan menyuntingnya dengan muzik dan audio pilihan sebelum ianya dikongsikan ke Insta Story mereka.

Buat masa ini masih belum ada lagi tarikh rasmi bagi pelancaran aplikasi berkenaan.

Selain Instagram, YouTube juga sedang membangunkan satu ciri dinamakan Shorts bagi memberi saingan kepada TikTok.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3jyctZK
via IFTTT

No comments:

Post a Comment