Breaking news

Tuesday, 9 June 2020

Kerinduan rakyat Malaysia di Jepun nak makan rendang terubat

Rendang antara produk baru Muji Jepun khas untuk anda yang rindukan makanan Malaysia. (Gambar Facebook)

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berbeza malah bakal menjadi sejarah ekoran pandemik Covid-19.

Ini kerana semua negara menyekat perjalanan rentas negara bagi mengelakkan penularannya.

Dan bagi yang berada jauh di perantauan semestinya merindukan masakan di kampung halaman malah tidak lengkap hari Raya tanpa ketupat rendang.

Bagi anda yang berada di Jepun saat ini tidaklah perlu bersedih kerana kini Muji Jepun tampil kelainan dengan memperkenalkan 3 produk makanan segera iaitu rendang daging, ayam masak lemak dan kari ayam Malaysia.

Difahamkan, produk ini disahkan halal dan boleh dinikmati oleh anda yang beragama Islam tanpa perasaan was-was.

Anda yang rindukan makanan dari Malaysia bolehlah dapatkannya segera.

Buat anda yang ingin mencuba, harga produk ini bermula daripada RM19.80 sahaja dan anda boleh dapatkan di semua cawangan Muji Jepun atau secara dalam talian.

Jika dilihat pada label kandungan terdapat label Brahim’s Food Japan dan kemungkinan rasa makanan ini sama seperti produk Brahim’s.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2A8Oe2C
via IFTTT

No comments:

Post a Comment