PETALING JAYA: Jumlah kes Covid-19 yang semakin meningkat di Malaysia mungkin memaksa masyarakat duduk di rumah untuk sama-sama memerangani virus ini. Tetapi bagi suri rumah yang berusia 39 tahun ini, dia perlu membuat sesuatu membantu rakyat Sabah dan negara untuk memerangani Covid-19 dengan caranya.
Lina Ramsah tidak betah hanya memerhatikan para petugas hadapan berjuang sendirian. Dia yang juga sukarelawan sepenuh masa dan juga pengasas NGO “Beluran Hope” ini telah banyak membantu Hospital Beluran dengan beberapa projek sejak dari 2018 lagi.
Tetapi kali ini dia dan pasukannya berganding bahu menyiapkan dua wad pengasingan untuk Hospital Beluran. Bilik pertama adalah bilik bersalin untuk pesakit Covid-19 yang mengandung dan yang kedua adalah untuk para jururawat menyalin pakaian PPE mereka.
Bilik pengasingan pertama dibina di luar wad bersalin dengan ukuran 27 meter panjang dan 2.5 meter tinggi.
Sementara bilik kedua berada di dalam hospital dengan ketinggian 3.6 meter dan sembilan meter panjang. Bilik-bilik ini adalah sementara sahaja dan apabila kes Covid-19 berakhir di Sabah, ianya akan dirobohkan.
“Menetap di bandar kecil dan dengan cabaran sebegini, ia sangat susah bagi kami mendapatkan barangan untuk membina bilik-bilik ini. Ada yang boleh didapati daripada bandar tetapi oleh kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kami terpaksa mengambil ‘ujian swap’ apabila ingin meninggalkan bandar.”
“Saya hanya boleh membawa empat sukarelawan untuk bekerja di bilik pengasingan ini untuk menurunkan risiko keberangkalian jangkitan dan kami juga dimestikan mengambil ujian swap setiap hari untuk memastikan kami tidak dijangkiti Covid-19,” katanya yang sentiasa mengamalkan SOP.
Lina juga gembira bila mana ada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia juga ingin menyertai projek ini. Dia berharap, bilik pengasingan ini akan siap dan boleh digunakan Isnin nanti.
“Beluran Hope” begitu aktif dalam memberikan khidmat sukarelawan mereka kepada para petugas barisan hadapan dan orang ramai. Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan pada bulan Mac lalu, mereka bekerja selama tiga bulan mengedarkan makanan kepada kawasan pendalaman.
“Beluran Hope” juga berharap dapat mengumpul dana untuk memenuhkan wad pengasingan ini dengan barangan seperti meja, kasut-kasut plastik (jenis crocs) yang selalunya digunakan oleh para petugas barisan hadapan, mask, sanitizer, kipas berdiri dan bekas untuk menyimpan pakaian PPE.
Anda boleh memberi sumbangan kepada “Baluran Hope” disini dan dapatkan berita terkini mengenai wad pengasingan di Twitter Lina disini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/37g6kO9
via IFTTT
No comments:
Post a Comment