Diserang selesema, sakit tekak dan batuk, sesuatu yang kita cuba elakkan. Rasa tidak selesa pastinya akan menjejaskan fokus terhadap kerja dan aktiviti harian. Selain berjumpa doktor, anda juga boleh merawatnya secara semula jadi. Lihat tips di bawah bagaimana cara melega dan merawat selesema.
1. Hembus hingus selalu dengan cara betul
Kerap hembus hingus tetapi jangan terlalu kuat kerana tekanan boleh menyebabkan sakit telinga. Cara betul ialah dengan menekan sebelah hidung dan hembus perlahan-lahan. Basuh tangan selepas menghembus.
2. Rehat
Dapatkan rehat yang cukup apabila diserang selesema. Daya ketahanan badan akan menjadi lemah apabila tubuh kurang sihat dan menyebabkan kuman mudah menyerang. Elak atau hentikan seketika aktiviti luar dan dapatkan rehat yang secukupnya sehingga anda benar-benar sihat.
3. Berkumur
Berkumur boleh membantu melembapkan kerongkong dan memberi kelegaan sementara. Cubalah dengan air garam empat kali seminggu. Untuk mengurangkan rasa gatal kerongkong, gunakan madu atau campuran cuka epal. Anda juga boleh mencampurkan daun rasberi atau jus lemon ke dalam dua cawan air panas dan bancuh dengan satu sudu kecil madu. Sejukkan sebelum berkumur.
4. Minum minuman panas
Minuman panas atau suam membantu melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan bengkak pada membran yang melapisi hidung dan tekak. Wap dari minuman panas juga dapat mencairkan kahak.
5. Terapi wap
Mandi dengan air wap atau terapi wap adalah salah satu cara tradisi untuk melegakan masalah selesema. Ia boleh melembapkan laluan pada hidung sekali gus menjadikan anda lebih tenang. Anda boleh masukkan air panas ke dalam besen dan ambil sehelai tuala besar untuk menutup kepala. Letakkan muka anda tepat di atas besen. Boleh juga mencampurkan sedikit rempah ratus atau halia untuk memberikan kelegaan.
6. Letakkan pek panas atau sejuk
Pek panas atau sejuk, kedua-duanya boleh membantu memberi kelegaan. Beli atau buat sendiri dengan mengambil kain yang lembap dan panaskan lebih kurang seminit di dalam ketuhar. Atau bekukan kacang pea di dalam satu kantung beg untuk digunakan sebagai pek sejuk.
7. Tinggikan bantal apabila tidur
Ini membantu pengaliran sistem pernafasan anda. Cuba cari kedudukan yang selesa agar anda dapat tidur dengan lebih baik dan tenang.
Ingat, selesema dan jangkitan biasa boleh menjadikan keadaan bertambah serius. Sekiranya anda mempunyai petanda selesema, demam atau sakit yang tidak kebah, segeralah berjumpa doktor.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/35dg7lA
via IFTTT
No comments:
Post a Comment