Breaking news

Saturday, 24 October 2020

Selain susu, 6 makanan ini juga kaya kalsium

Keju, antara produk berasaskan susu yang kaya dengan kalsium. (Gambar Rawpixel)

Kalsium adalah mineral yang sangat penting untuk menjaga kesihatan. Ia membantu pembentukan tulang dan gigi. Selain itu, kalsium juga berperanan menjaga kesihatan tubuh.

Mengikut hasil kajian klinikal, seorang dewasa dalam kondisi sihat memerlukan 1,000 miligram kalsium setiap hari. Manakala, seorang wanita berusia 50 tahun ke atas memerlukan 1.200 miligram kalsium sehari. Sementara anak-anak berusia 4 hingga 18 tahun disarankan mengambil kalsium sebanyak 1.300 miligram sehari.

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan beberapa masalah kepada tubuh seperti kebas jari tangan dan kaki, krem otot, kejang, lesu dan kehilangan selesa makan. Risiko mendapat osteoporosis atau penyakit pengreputan tulang dalam jangka masa panjang juga boleh terjadi.

Kita sedar bahawa susu adalah sumber kalsium paling mudah tetapi terdapat banyak lagi produk lain yang boleh diambil sekiranya anda bukan penggemar susu atau produk berasaskannya. Berikut adalah lima produk yang mudah didapati di sekitar anda.

1. Kacang almond

Kacang almond. (Gambar Rawpixel)

Kacang almond termasuk makanan yang kaya dengan kalsium. Satu cawan kacang almond mengandung 385 miligram kalsium atau mencukupi sepertiga kalsium yang diperlukan sehari. Selain itu, secawan almond juga memiliki 72 gram lemak sihat.

Namun, perlu diingat almond juga tinggi kalori. Secawan almond mengandungi 838 kalori. Oleh itu, cuba hadkan pengambilannya dengan hanya mengambil satu per empat cawan setiap hari.

2. Tauhu

Tauhu juga termasuk makanan yang kaya kalsium. Kandungan kalsium di dalam tauhu bervariasi bergantung kepada jenisnya. Umumnya, setengah cawan tauhu memiliki 275 miligram sehingga 861 miligram kalsium. Untuk mendapatkan kebaikan kalsium yang maksima, baca label pada produk tauhu dengan cermat sebelum membeli.

3. Biji bunga matahari

Biji bunga matahari kerap disajikan dalam bentuk kuaci dan setiap cawan memiliki 109 miligram kalsium. Selain kalsium, biji bunga matahari juga kaya dengan magnesium yang juga berfungsi meningkatkan kesihatan saraf dan otot.

Malah, biji bunga matahari juga mengandung vitamin E dan besi. Untuk mendapatkan kalsium yang optimal, anda hanya perlu mengambil segenggam biji bunga matahari agar kalori tetap terjaga. Pilih biji bunga matahari yang kurang garam kerana garam tambahan dalam jumlah tinggi akan mengurangkan khasiat kalsium di dalam tubuh.

4. Kacang edamame atau soya hijau

Kacang edamame. (Gambar Rawpixel)

Kacang edamame juga termasuk makanan kaya kalsium. Satu cawan kacang edamame mengandung 98 miligram kalsium. Bukan hanya kalsium, kacang edamame juga mengandung protin yang tinggi dan memiliki sembilan jenis khasiat asid amino.

5. Brokoli

Sayur brokoli. (Gambar Rawpixel)

Brokoli termasuk sayuran yang mengandungi anti oksidan. Secawan brokoli memiliki 87 miligram kalsium. Brokoli juga dikatakan dapat membantu menurunkan risiko kanser jika dimakan dengan kerap. Kajian yang dilakukan kepada haiwan menunjukkan, rutin makan brokoli dapat mencegah kanser payudara, usus besar, hati, dan perut.

6. Kerang

Bukan hanya ikan trout, makanan laut seperti kerang juga termasuk makanan kaya kalsium. Sebanyak 100 gram kerang boleh menyumbang 92 miligram kalsium yang diperlukan setiap hari. Selain kerang, makanan laut lain yang boleh menambah kalsium ialah sotong, lobster dan udang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/31C7YG2
via IFTTT

No comments:

Post a Comment