PETALING JAYA: Seorang ahli akademik berpendapat sekolah menengah antarabangsa negeri yang diusulkan oleh Sarawak akan bercanggah dengan Akta Pendidikan jika tidak menggunakan kurikulum kebangsaan.
Teo Kok Seong dari Universiti Kebangsaan Malaysia memberitahu FMT ini kerana ia akan diuruskan oleh badan berkanun.
Beliau tidak bersetuju dengan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Michael Manyin, yang menyatakan sekolah itu bukan sekolah kerajaan kerana pengendalinya Sanjung Services Sdn Bhd, anak syarikat Yayasan Sarawak.
Lima sekolah menengah antarabangsa itu, 2 di Kuching dan masing-masing 1 di Sibu, Bintulu dan Miri – menggunakan kurikulum Sijil Am Pendidikan Menengah Antarabangsa Cambridge.
Teo menyifatkan Sanjung Services sebagai “badan berkanun bawah kerajaan” dan menyatakan sekolah yang dimiliki olehnya adalah sekolah kerajaan.
“Sekolah kerajaan diuruskan dan dibiayai oleh kerajaan, baik negeri atau persekutuan,” katanya.
Beliau berkata, menggunakan kurikulum antarabangsa akan bertentangan dengan Seksyen 18 Akta Pendidikan, yang mewajibkan sekolah kerajaan menggunakan kurikulum kebangsaan.
Merujuk kepada Perenggan 15 daripada 18 Perkara Perjanjian Sarawak, sistem pendidikan yang ada di Borneo Utara hendaklah dikekalkan selepas 1963 dan bagi alasan ini harus diletakkan bawah bidang kuasa kerajaan negeri, katanya ia tidak merangkumi sekolah antarabangsa kerana ia adalah entiti swasta.
“Kuncinya di sini adalah “yang ada”. Ini bermaksud sebelum 1963, apa sahaja sekolah di negeri ini, bahkan sekolah menengah Inggeris, dapat diteruskan seperti dulu. Tetapi kurikulum atau sukatan pelajaran antarabangsa tidak pernah menjadi sebahagian daripada sistem yang ada.
“Jika kerajaan negeri mengusulkan sekolah menengah Inggeris yang menggunakan silibus kebangsaan, tidak ada masalah. Tetapi mereka mencadangkan sukatan pelajaran antarabangsa,” katanya.
Mengulas dakwaan Manyin yang negeri itu menerima surat sokongan daripada kementerian pendidikan, Teo berkata ini mungkin berbeza dengan permit untuk membina sekolah berkenaan.
Katanya, jika kementerian pendidikan benar-benar memberi lampu hijau untuk sekolah milik negeri itu didirikan, alasan permit itu harus dijelaskan.
from Free Malaysia Today https://ift.tt/3n7yaSl
via IFTTT
No comments:
Post a Comment