Breaking news

Thursday 22 October 2020

PM Thai sedia tamat perintah darurat di Bangkok

Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha berkata, penyelesaian terbaik bagi masalah yang dihadapi ialah melalui perbincangan bersama, menghormati kedaulatan undang-undang dan membenarkan kehendak rakyat disuarakan menerusi Parlimen. (Gambar Reuters)

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha berkata, beliau bersedia menarik balik perintah darurat yang dikenakan ke atas bandar raya Bangkok Khamis lepas, sebagai usaha bagi menamatkan tunjuk perasaan di bandar raya itu.

Prayuth yang juga menteri pertahanan Thailand berkata, beliau bersedia membuka langkah pertama ke arah usaha meredakan keadaan.

“Saya sedang membuat persediaan untuk menamatkan perintah darurat di Bangkok dan akan melakukannya dengan pantas sekiranya tiada lagi insiden ganas,” katanya dalam pengumuman khas yang disiarkan televisyen Thailand.

Khamis lepas Prayuth mengumumkan perintah situasi darurat serius di Bangkok yang mengharamkan perhimpunan lebih daripada 5 orang, berkuat kuasa mulai pukul 4.00 pagi hari berkenaan dalam usaha menamatkan tunjuk perasaan jalanan anjuran kumpulan pelajar.

Selain itu, beliau turut menyekat penerbitan berita dan perkhidmatan pesanan dalam talian yang dirasakan beliau boleh menjejaskan keselamatan negara atau menyebarkan maklumat palsu.

Bagaimanapun tindakan itu menyebabkan lebih banyak demonstrasi oleh ribuan penunjuk perasaan muncul setiap hari di kota raya itu.

Sementara itu Prayuth berkata, satu-satunya jalan bagi mencapai penyelesaian terbaik bagi masalah yang dihadapi adalah dengan meningkatkan perbincangan bersama secara aman, menghormati kedaulatan undang-undang dan membenarkan kehendak rakyat disuarakan menerusi Parlimen.

“Penunjuk perasaan perlu membuatkan pandangan dan suara mereka didengar. Sekarang adalah masanya bagi mereka menjadikan pandangan mereka selaras dengan lain-lain segmen masyarakat Thailand menerusi perwakilan di Parlimen,” katanya.

Semalam Kabinet Thailand bersetuju untuk mengadakan sesi persidangan khas Parlimen pada 26 dan 27 Okt ini.

Sementara itu, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Victory Monument pada pukul 4.00 petang (waktu tempatan) sebelum berarak ke “government house”.

Walaupun pihak berkuasa meletakkan pelbagai halangan sepanjang jalan, penunjuk perasaan tetap meneruskan perarakan mereka sehingga ke perkarangan “government house” pada kira-kira pukul 8.15 malam, sebelum bersurai kira-kira sejam kemudian, selepas menyerahkan surat peletakan jawatan buat Prayuth yang disampaikan kepada Ketua Polis Bangkok, Phukphong Phongpetra.

Penunjuk perasaan berkata, 1 lagi tunjuk perasaan akan diadakan sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi dalam tempoh 3 hari.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3dYzZNn
via IFTTT

No comments:

Post a Comment