PETALING JAYA: Pihak berkuasa Palestin (PA) memberi amaran kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa Israel membuka ruang kepada aparteid dan solusi 1 negara dengan kelulusan dan kemajuan pelan peluasan petempatan Yahudi pada minggu ini, lapor The Jerusalem Post.
“Peluasan sebegini tidak boleh diabaikan kerana Israel melanggar dan merosakkan solusi 2 negara secara berterusan dan membuka ruang kepada aparteid dan solusi 1 negara dengan menyamar sebagai rakan serantau yang memperjuang keamanan dan kestabilan,” kata duta besar PA ke PBB Riyad Mansour.
“Ia adalah hasil penjajahan yang terus berkembang sepanjang 53 tahun ini. Dengan tindakan yang memungkiri janji solusi 2 negara, seruan Israel kepada ‘keamanan’ tidak harus dipercayai,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap pelan pembinaan 5,288 rumah di wilayah Palestin yang diluluskan minggu ini.
Dengan kelulusan pelan itu, 9,333 rumah telah diluluskan untuk dibina setakat tahun ini.
Ia berlaku selepas termeterainya perjanjian damai antara Israel dengan Emiriah Arab Bersekutu (UAE) dan Bahrain.
Salah satu pra syarat bagi perjanjian berkenaan ialah Israel bersetuju memberhentikan pelan pengilhakan Palestin.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan kumpulan berhaluan kanan berkata, tiada sebarang kaitan antara 2 perkara itu dan mereka mempunyai hak melakukan pembinaan di atas tanah asal nenek moyangnya.
from Free Malaysia Today https://ift.tt/2IHsVJr
via IFTTT
No comments:
Post a Comment