Breaking news

Monday, 19 October 2020

Korona virus boleh bertahan di kulit 5 kali lebih lama dari selsema

Membasuh tangan dengan bersih dan kerap boleh mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19.

TOKYO: Hasil kajian dari Jepun mendapati, virus korona boleh kekal aktif pada kulit manusia selama sembilan jam kerana itulah membasuh tangan amat penting dalam usaha menentang pandemik Covid-19.

Kajian yang disiarkan di jurnal Penyakit Berjangkit Klinikal ini mengatakan patagon yang menyebabkan selsema hidup dalam kulit manusia selama 1.8 jam melalui perbandingan.

“SARS-CoV-2 (jenis virus yang menyebabkan Covid-19) yang hidup selama sembilan jam pada kulit manusia meningkatkan risiko jangkitan melalui kontek jika dibandingkan dengan IAV (virus influenza A), sekaligus mempercepatkan penularan pandemik ini,” katanya.

Pasukan penyelidik menguji pengumpulan kulit dari spesimen autopsi, sehari selepas kematian.

Mereka juga mendapati, kedua-dua virus korona dan selsema tidak aktif selama 15 saat dengan sapuan ethanol yang digunakan dalam sanitizer.

“Lebih lama SARS-CoV-2 boleh hidup pada kulit akan meningkatkan risiko transmisi kontek; namun begitu, kebersihan tangan boleh mengurangkan risiko tersebut,” ujar kajian tersebut.

Pembersihan tangan yang kerap akan menghadkan tranmisi virus, ianya disokongan oleh World Health Organization (WHO) atau Organisasi Kesihatan Sedunia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3obEZD1
via IFTTT

No comments:

Post a Comment