Breaking news

Thursday, 29 October 2020

Khasiat air beras

Selain kaya dengan karbohidrat, beras juga mempunyai pelbagai manafaat kepada tubuh. (Gambar Rawpixel)

Beras adalah sumber karbohirat yang membekalkan nutrien penting untuk menghasilkan tenaga. Ia juga kaya dengan vitamin dan mineral seperti karbohidrat, vitamin D, kalsium, fiber, iron, thiamine dan riboflavin.

Selain berkhasiat dalam makanan, beras juga sering digunakan untuk penjagaan kulit muka dan tubuh. Contohnya, pemakaian bedak sejuk masih lagi diamalkan sehingga kini dan ia telah diubah suai di dalam penjagaan produk kulit masa kini.

Tahukah anda, air beras juga berkhasiat memberi pelbagai manfaat buat anda.

1. Air basuhan pertama

Air basuhan beras yang pertama, boleh digunakan untuk mencuci ikan dan ayam bagi menghilangkan bau hanyir. Anda juga boleh menggunakan ia untuk membasuh sayur-sayuran bagi menghilangkan kekotoran dan juga ulat yang ada pada sayur. Air basuhan ini juga boleh dijadikan baja pokok dan dikatakan dapat melebatkan buahnya.

2. Air basuhan kedua

Air basuhan beras kedua, dikatakan baik untuk penjagaan kulit wajah yang ingin kelihatan cerah dan gebu. Ia juga sesuai untuk meredakan pertumbuhan jerawat.

Air ini juga dikatakan berkhasiat untuk dijadikan mandian bagi kulit kering dan kusam, menghilangkan panas badan dan menghilangkan daki.

3. Air didihan beras

Air didihan beras juga mempunyai pelbagai khasiat hebat antaranya dikatakan boleh menegangkan payudara.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/35K1A0Y
via IFTTT

No comments:

Post a Comment