
LOS ANGELES: “Kami sangat terkejut dan ini adalah kesakitan paling teruk yang pernah kami alami. Biarpun berbeg-beg darah telah dimasukkan, namun ia masih tidak mencukupi,”
Itulah yang diluahkan Chrissy Teigen, isteri kepada John Legend selepas dia mengalami keguguran akibat pendarahan yang teruk.
Chrissy meluahkan rasa kecewa dan menyesal kerana tidak dapat menyelamatkan bayi lelaki yang bakal diberi nama Jack itu.
“Kepada Jack, kami mohon maaf kerana di awal hidup kamu mengalami banyak komplikasi sehingga kami tidak dapat memberikan kamu ruang untuk terus bertahan. Kami akan sentiasa menyayangimu,” ujar Chrissy di laman Instagramnya.
Chrissy turut berkata, ini adalah kali pertama dia dan suaminya mengalami kehilangan seperti ini dan mereka benar-benar berada dalam kesedihan.
John Legend berkahwin dengan Chrissy Teigen pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Luna dan Miles.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/3jtPhvh
via IFTTT
No comments:
Post a Comment