Breaking news

Sunday, 25 October 2020

Daun kesum & khasiatnya yang tidak kita ketahui

Daun kesum, penambah perisa dalam masakan seperti laksa, asam pedas atau dijadikan ulam.

Kuala Lumpur: Siapa yang tidak kenal dengan daun kesum. Tumbuhan herba renek yang sering dijadikan bahan penambah perisa dalam masakan seperti laksa, asam pedas atau ulam.

Daun kesum terdiri daripada dua jenis iaitu dari jenis menjalar dan menegak. Dipercayai kaya dengan beta kerotena, vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Selain aromanya yang dapat merangsang selera, herba ini dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan.

Daun kesum mengandungi khasiat yang agak tinggi, terutamanya karotena dan vitamin C. Kajian turut membuktikan bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan anti oksidan dan memiliki sifat-sifat anti mikrob.

Minyak wangi

Ðaun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponen kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.

Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dikatakan mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Tidak banyak bahan semula jadi seumpamanya di pasaran.

Kajian mendapati kandungan bahan ‘aliphatic aldehyde’ ini adalah tinggi sehingga 605 dalam beberapa spesis tertentu.

Kandungan bahan decanal dan dodecanal yang terdapat dalam ‘aliphatic aldehyde’ boleh didapati dengan mengeringkan daun kesum sebelum diekstrak untuk dijadikan minyak wangi atau bahan perisa masakan.

Dalam perubatan Melayu pula, daun kesum dipercayai mempunyai khasiat tersendiri. Antara khasiatnya ialah:

Khasiat Daun Kesum

  • Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah kembung dan ketidakhadaman perut.
  • Ia dikatakan dapat membantu menghilangkan kelemumur di kepala.
  • Daun kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.
  • Bersifat panas dan baik untuk wanita selepas bersalin.
  • Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.
  • Minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian.
  • Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keputihan wanita.
  • Pucuk daun kesum boleh dijadikan ulam untuk mengekalkan stamina dan kesihatan awet muda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3e1xcmn
via IFTTT

No comments:

Post a Comment