KUALA LUMPUR: Bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Abdul Aziz Shamsuddin, 82, meninggal dunia kira-kira pukul 11.52 malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan di laman Facebook rasmi Majlis Perundingan Melayu (MPM).
“Solat jenazah akan diadakan di Bukit Damansara selepas solat subuh hari Sabtu, 17 Okt 2020 (hari ini). Namun demikian, kami mohon maaf SOP PKPB hanya mengizinkan 20 orang sahaja untuk melaksanakan solat jenazah.
“Jenazah akan dikebumikan di Gopeng, Perak,” menurut MPM dalam hantaran itu.
Menerusi hantaran itu juga, MPM memohon agar orang ramai dapat mendoakan allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan solihin.
from Free Malaysia Today https://ift.tt/34aiC93
via IFTTT
No comments:
Post a Comment