PETALING JAYA: Bercakap tentang cerita hantu atau mistik pasti ramai yang pernah mengalami pengalaman cerita seram dalam hidup mereka. Berbagai cerita menakutkan akan keluar dan ada juga yang menyeronokkan bila didengar.
Di Malaysia juga terdapat pelbagai tempat misteri yang popular dengan cerita seram masing-masing. Mari kita lihat antara tempat-tempat popular tersebut.
1. Genting Highlands, Pahang
Banyak khabar angin mengatakan pusat tarikan pelancongan di sekitar First World Hotel dikaitkan dengan pelbagai cerita seram dan dikatakan juga hotel ini turut berhantu.
Menurut cerita, oleh kerana ramai tetamu yang menginap di hotel ini adalah mereka yang pergi ke kasino, maka hotel ini dijadikan pilihan mereka yang kalah judi untuk membunuh diri.
Ada yang mendakwa melihat kelibat terjun dari balkoni, berjalan di koridor atau terbang di tingkap. Ada juga cerita mengatakan tetamu yang sihat tiba-tiba sakit apabila menginap di sesebuah bilik. Ada juga yang mendengar pelbagai bunyi pelik pada waktu malam.
Khabar angin turut mengatakan keseluruhan tingkat 21 hotel tersebut keras dan tiada sesiapa yang pernah sampai ke tingkat tersebut kerana lif tidak akan berhenti disana.
2. Kellie Castle, Perak
Istana yang separuh siap ini juga dikaitkan dengan pelbagai kisah misteri. Dibina oleh William Kellie Smith yang meninggal dunia akibat penyakit pneumonia pada 1926. Selepas kematiannya, tiada seorang pun dari ahli keluarga beliau ingin menyambung pembinaan istana ini menyebabkan ia terbiar begitu sahaja.
Menarik mengenai Istana Kellie ialah terdapat terowong rahsia dibina di bawah banggunan istana tanpa diketahui tujuan pembinaannya.
Cerita-cerita aneh mengenai keujudan kelibat dan roh di dalam bangunan turut dikhabarkan malah ada yang mengatakan ternampak satu lembaga seakan Smith sering memeriksa istananya.
3. Muzium Perang Penang
Tersenarai sebagai 10 Lokasi Bersejarah Paling Seram di Asia oleh “National Geographic”, Muzium Perang Penang merupakan
tempat penyeksaan di zaman perang semasa penaklukan Jepun dahulu.
Terletak di Bukit Batu Maung atau kadang-kala dipanggil “Bukit Hantu”, muzium ini dahulunya dibina oleh British sebagai kubu pertahanan dari serangan Jepun.
Namun begitu, selepas kejatuhan British, Jepun mengambil alih tempat tersebut dan menjadikan ia penjara perang dan menyeksa tawanan perang.
Cara seksaannya amat kejam sehingga dikatakan pemancung Jepun membasuh darah pada pedangnya dengan “whiskey” dan kemudian meminumnya.
Apabila tempat tersebut dibersihkan untuk dijadikan muzium, para pekerja sering melihat kelibat mahluk pada pokok di waktu malam menyaksikan mereka bekerja.
4. Bukit Tunku, Kuala Lumpur
Dahulu dikenali sebagai Kenny Hills, kawasan ini merupakan perumahan yang didiami oleh golongan kaya dan elit dengan harga sebuah rumah bernilai jutaan ringgit.
Namun, terdapat banyak banglo yang ditinggalkan menjadikan ia dihuni mahluk halus.
Jalan raya yang sunyi juga agak menyeramkan malah terdapat satu cerita bagaimana seorang Mat Rempit yang hilang begitu sahaja apabila motor dipandu pada kelajuan yang tinggi.
Banyak juga pemandu yang melalui jalan sempit di Bukit Tunku pada waktu malam terlihat kelibat di tengah jalan namun hilang bila mereka melihat semula. Ada juga pengkaji paranormal yang menyelinap masuk ke dalam rumah dan mengatakan terdapat wanita yang membunuh diri di situ.
5. Lebuh raya Karak, Pahang
Lebuhraya Karak merupakan jalan raya yang dikatakan berhantu di Malaysia kerana di lebuh raya ini sering berlaku kemalangan jiwa termasuk pada 1990 yang melibat 15 kematian.
Banyak kenderaan yang melalui lebuh raya ini pada waktu malam menjumpai satu susuk berdiri di tepi jalan, malah ada juga yang menahan minta ditumpangkan.
Ada juga kisah mengenai seorang budak lelaki yang mencari ibunya tetapi kisah yang paling popular ialah Volkswagen kuning yang kelihatan di tengah malam tanpa ada pemandu. Ia akan sentiasa terlihat berselisih beberapa kali dengan anda.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/3mr4wGk
via IFTTT
No comments:
Post a Comment