Breaking news

Tuesday 22 September 2020

‘Ultra’ bahasa halang reformasi bahasa Inggeris, kata kumpulan ibu bapa

Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan berharap kerajaan akan memperluaskan Program Dwibahasa untuk menambah masa pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah.

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan pendidikan berkata, kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan guru di tahap krisis dan menggesa kerajaan berhenti memenuhi kehendak ahli politik dan ultra-nasionalis bahasa Melayu.

“Sekiranya kita terus memenuhi kehendak mereka, masalah ini tidak akan berakhir,” kata Tunku Munawirah Putra, setiausaha Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE).

Beliau berkata, kerajaan perlu mengakui guru kurang mahir berbahasa Inggeris.

Walaupun bahasa Melayu sangat penting untuk menyatukan latar belakang berbeza dan sebagai identiti umum, penguasaan bahasa Melayu tidak boleh dilakukan dengan mengorbankan bahasa Inggeris.

Munawirah mengulas kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia, Shamsuddin Bardan yang penguasaan lemah bahasa Inggeris ramai graduan Bumiputera ialah punca utama mereka sukar mendapat pekerjaan dalam sektor swasta yang menawarkan lebih 90% pekerjaan di negara ini.

Munawirah berkata, pegawai di Putrajaya perlu meneliti usaha Thailand meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dengan mengambil 10,000 guru dengan bahasa Inggeris ialah bahasa ibunda mereka.

“Begitulah seriusnya Thailand,” katanya sambil menambah Malaysia perlu membuat rancangan dan pelan untuk mengatasi masalah ini.

Beliau menggesa penubuhan sekolah bermediumkan bahasa Inggeris di setiap negeri untuk melatih guru bahasa Inggeris kerana sekolah bermediumkan bahasa Melayu tidak mampu menghasilkan guru bahasa Inggeris mencukupi.

“Itu tidak akan terjadi,” katanya.

Beliau berharap kerajaan akan memperluaskan Program Dwibahasa (DLP) untuk menambah masa pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah.

Kurang kemahuan politik untuk pembaharuan, kata bekas pengetua

Seorang bekas pengetua sekolah menengah, V Chakaravarthy berkata, standard lemah bahasa Inggeris di sekolah berlarutan selama bertahun-tahun.

“Mereka tak berminat dengan penggunaan struktur tepat, seperti kata kerja, kata nama, adjektif dan kata keterangan, mereka lebih berminat dengan cara orang bercakap. Masalahnya, sesetengah pelajar Bumiputera berfikir dalam Bahasa dan menterjemah secara langsung dalam bahasa Inggeris, dan itu tak berhasil,” katanya kepada FMT.

Katanya, pelajar tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya sistem di sekitar mereka yang mengetepikan bahasa Inggeris dan ia merugikan pelajar.

Beliau berkata, kurangnya reformasi dalam pengajaran bahasa Inggeris bersifat politik kerana “(ahli politik) mahu mengambil hati rakyat supaya apabila tiba pilihan raya, mereka boleh kata ‘kami percaya Bahasa’.”

“Sudah tentu kita percaya dalam Bahasa dan mahukan menjadikannya bahasa kebangsaan kita, tetapi kita menentang kemerosotan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah.”

Perubahan perlu dilakukan segera untuk memastikan bakal graduan lebih mahir, dan beliau menggesa sastera Inggeris dijadikan bahagian lebih penting dalam kelas bahasa Inggeris.

Sarawak bertegas walaupun kurang sokongan Putrajaya

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Annuar Rapaee berkata, negeri itu bertegas meneruskan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, program yang dikenali sebagai PPSMI.

“Apa yang dikatakan MEF bukanlah perkara baru, kita tahu ini adalah masalah lama terutama di sektor swasta.

“Jika kita gagal respons kepada keperluan dan permintaan industri, kita tidak memberi mereka insentif untuk datang ke sini. ”

Katanya, Sarawak bukan saja mengiktiraf bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, “kita juga menghabiskan banyak sumber untuk PPSMI kerana kita tahu anak-anak akan menjadi penerima manfaat terbesar”.

Annuar berkata, Sarawak membelanjakan hampir RM10 juta untuk membangunkan modul, mencetak buku teks dan buku kerja, selain melatih guru dan menyediakan bahan sokongan buat mereka. Putrajaya tidak menyediakan sebarang peruntukan untuk program PPSMI Sarawak.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3cjwCj3
via IFTTT

No comments:

Post a Comment