Breaking news

Friday 11 September 2020

Penyanyi Sandra Dianne meninggal dunia

Penyanyi berasal dari Singapura, Sufie Rashid berkongsi berita duka pemergian Sandra menerusi Instagram. (Gambar IG Sufie Rashid)

Penyanyi, Sandra Dianne yang terbabit dalam kemalangan Sabtu lalu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi.

Khabar duka itu dimaklumkan oleh rakan penyanyi, Sufie Rashid menerusi akaun peribadinya di Instagram.

“Selamat pulang ke Rahmatullah sahabatku. Anda seorang rakan baik yang mempunyai hati yang mulia. Terima kasih sebab beri saya peluang untuk sepentas dengan awak.

“Semoga awak tenang di sana. Innalillahiwainnailaihirajiun,” tulis Sufie awal pagi tadi.

Memetik laporan media Harian Metro, jenazah akan dibawa pulang ke Sabah untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran.

Terdahulu, Sandra yang popular dengan lagu “Hey! Kau” terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk mengikuti sesi latihan program realiti nyanyian Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sandra dilaporkan koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/35CZa5Z
via IFTTT

No comments:

Post a Comment