Breaking news

Sunday, 6 September 2020

Pemandu lawan arus di Jalan Klang Lama ditahan, positif dadah

Pemandu SUV jenis Volvo dipercayai memandu melawan arus melanggar sebuah Perodua Myvi dalam kejadian di Jalan Klang Lama semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kereta SUV jenis Volvo yang dipercayai memandu melawan arus dan melanggar sebuah kereta Perodua Myvi, dalam kejadian di Jalan Klang Lama ditahan polis, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Zulkefly Yahya berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan, selepas hadir di Balai Polis Jalan Bandar.

“Sebelum itu, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang tular di laman sosial dan telah menghubungi kedua-dua pemandu (Volvo dan Myvi) supaya tampil ke balai polis, untuk membuat laporan.

“Kedua-dua individu berkenaan hadir di Balai Polis Jalan Bandar,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, ujian air kencing yang dilakukan ke atas pemandu Volvo berkenaan juga didapati postif dadah dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara merbahaya dan juga Akta Dadah Berbahaya atas kesalahan salah guna dadah.

Katanya, permohonan perintah reman akan dilakukan hari ini bagi siasatan lanjut dan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya secepat mungkin.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3bw0ckR
via IFTTT

No comments:

Post a Comment