Breaking news

Sunday 13 September 2020

Panel M63 perlu terlibat dalam rundingan minyak dan gas, kata Adun Sarawak

Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pasukan perunding tidak perlu membincangkan isu minyak dan gas kerana semuanya berkeadaan baik.

KUCHING: Wakil DAP dalam jawatankuasa rundingan M63 Sarawak membidas seorang menteri negeri itu kerana berkata bahawa pasukan perunding itu tidak perlu bermesyuarat dan membincangkan isu berkaitan minyak dan gas.

Adun Bukit Assek Irene Chang berkata, pandangan menteri tersebut “tidak boleh diterima”.

Beliau berkata, menteri pelancongan negeri Abdul Karim Rahman Hamzah, yang merupakan pengerusi pasukan perunding, sepatutnya mendesak penyertaan penuh (rundingan perkara tersebut).

Pada 10 Jun, jawatankuasa itu melantik sebuah pasukan perunding yang diketuai oleh Hamzah dan kesemua anggota jawatankuasa menjangkakan makluman terkini berhubung semua maklumat rundingan melalui penyertaan aktif mereka dan penglibatan semua pihak yang terbabit.

“Berada di belakang pihak yang terlibat dengan rundingan itu, termasuk pasukan perunding eksekutif kerajaan negeri dan menunggu makluman mengenai termanya selepas semua perincian rundingan telah dimuktamadkan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.”

Karim dilaporkan berkata bahawa tiada keperluan bagi pasukan perunding membincangan isu minyak dan gas kerana ia telah ditangani di peringkat persekutuan.

Chang, yang juga merupakan anggota jawatankuasa M63 bagaimanapun berkata, beliau dan beberapa anggota jawatankuasa itu tidak diberi makluman dan dikemas kini berhubung rundingan minyak dan gas.

Adun Batu Lintang See Chee How memberitahu FMT bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membuat keputusan untuk berunding dengan Petronas dengan menggunakan kuasa eksekutif.

“Inilah sebabnya kenapa saya menarik diri daripada menganggotai jawatankuasa rundingan M63,” katanya.

Beliau mendakwa kerajaan negeri bertindak di luar bidang kuasa Dewan Undangan Negeri dan jawatankuasa rundingan M63.

“Pengendalian rundingan itu tidak sah dan salah,” katanya.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/33lrret
via IFTTT

No comments:

Post a Comment