Breaking news

Monday, 7 September 2020

Lebih 73% kawasan di Lembah Klang pulih daripada gangguan air

Air Selangor berkata, 71 kawasan belum pulih sepenuhnya daripada gangguan bekalan air yang dijadualkan 12 tengah malam tadi akibat penyimpanan air berlebihan oleh pengguna yang mula menerima bekalan air.

PETALING JAYA: Sebanyak 73.37% daripada 1,292 kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pulih sepenuhnya daripada gangguan bekalan air sejak Khamis lalu.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berkata, 948 kawasan pulih sepenuhnya, manakala 344 kawasan masih dalam proses pemulihan setakat 6.30 pagi tadi.

Katanya, 71 kawasan belum pulih sepenuhnya daripada gangguan bekalan air yang dijadualkan 12 tengah malam tadi akibat penyimpanan air berlebihan oleh pengguna yang mula menerima bekalan air.

“Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

“Pengguna dinasihatkan tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan.”

Sehingga kini, gangguan bekalan air di 91.78% kawasan Petaling sudah pulih, Klang-Shah Alam (38.42%), Gombak (72.99%), Kuala Lumpur (47.37%), Hulu Selangor (100%), Kuala Langat (50%), Kuala Selangor (99.25%).

Lebih 1.2 juta akaun pengguna di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air sejak Khamis lalu selepas operasi 4 loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa dihentikan akibat pencemaran yang berpunca daripada sebuah kilang di Rawang.

Susulan itu, 4 beradik yang juga pemilik kilang disyaki menyebabkan pencemaran itu direman 6 hari bermula kelmarin dan akan didakwa di mahkamah Khamis ini di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Akta Industri Perkhidmatan Air.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3jOYmP9
via IFTTT

No comments:

Post a Comment