Breaking news

Monday 28 September 2020

Jadilah pemandu bertanggungjawab

Memandulah dalam keadaan sihat dan tidak membahayakan orang lain.

Memandu di jalan raya sebenarnya membabitkan nyawa. Tabiat yang tidak sihat semasa memandu serta tidak bertanggungjawab terhadap pemandu lain boleh mengakibatkan kemalangan atau lebih parah KEMATIAN!

Jadilah pemandu yang bertanggungjawab dengan:

1. Mendapat tidur yang secukupnya sebelum memandu. Sekiranya anda merasa mengantuk JANGAN MEMANDU!.
2. Mengelakkan memandu pada waktu malam sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan mata.
3. Tidak memandu dengan emosi yang terganggu. Ianya cukup bahaya dan boleh mengundang kemalangan.
4. Mendapatkan rehat yang cukup sebelum memandu ke destinasi yang jauh.
5. Tidak memandu dalam keadaan mabuk atau mengambil dadah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3mWiPDQ
via IFTTT

No comments:

Post a Comment