Breaking news

Wednesday 30 September 2020

Emir Kuwait, Sheikh Sabah meninggal dunia pada usia 91 tahun

Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Sabah, menghadiri acara pembukaan Sidang Kemuncak Arab ke-30 pada 2019. (Gambar AP)

KUWAIT CITY: Emir Kuwait, Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, dilaporkan menghembus nafas terakhir pada Selasa. Beliau meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Berita itu dimaklumkan menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal kerajaan, Ali Jarrah Al-Sabah, menerusi siaran rasmi.

Sabah sebelum ini dilaporkan berlepas ke Amerika Syarikat pada 23 Julai lalu untuk menjalani rawatan susulan selepas pembedahan baru-baru ini.

Sabah memerintah negara pengeluar minyak Teluk Arab dan sekutu Amerika Syarikat itu sejak 2006 dan memimpin dasar luar Kuwait selama lebih 50 tahun.

Beliau dikenali sebagai seorang pemimpun yang banyak membantu negaranya melalui beberapa peristiwa penting seperti serangan Iraq pada 1990, krisis pasaran minyak dunia, dan pergolakan di Parlimen dan jalanan.

Kerajaan Kuwait menamakan adik tirinya, Putera Mahkota Kuwait, Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah, 83, untuk menggantikan tempat beliau.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3i9KOMQ
via IFTTT

No comments:

Post a Comment