Breaking news

Sunday 27 September 2020

Berhenti merokok, elak kanser paru-paru

Rokok adalah antara penyebab kanser paru-paru.

Merokok adalah antara penyebab kanser paru-paru. Berhenti merokok boleh mengurangkan risikonya. Lebih lama anda berhenti, lebih tinggi pengurangan risiko kanser paru-paru.

Mesti ada ketikanya anda teringin sangat berhenti merokok atau mungkin anda pernah mencuba satu atau dua kali tetapi tidak berjaya.

Jangan putus asa. Memang tidak mudah tetapi setiap benda yang bernilai perlu berusaha untuk berjaya.

Cara paling berkesan berhenti merokok adalah dengan berhenti serta-merta dan sepenuhnya. Ini bermakna anda tidak akan merokok langsung selepas membuat keputusan untuk berhenti. Katakan pada diri bahawa anda TIDAK AKAN MEROKOK LAGI!.

Nasihat berikut, mungkin boleh membantu anda:

  1. Beritahu keluarga dan rakan-rakan tentang keputusan anda untuk berhenti merokok. Dengan sokongan dan galakan mereka, usaha anda akan menjadi lebih mudah.
  2. Buang semua rokok, pemetik api dan bekas abu rokok.
  3. Libatkan diri dengan hobi atau aktiviti sihat seperti berjogging, berenang, bersukan dan sebagainya.
  4. Isikan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah dan elakkan dari duduk bersendirian.
  5. Minum lebih banyak air kosong. Elakkan dari minuman seperti kopi dan yang berkafeina.
  6. Belajar untuk menolak tawaran merokok daripada kawan-kawan atau orang lain.
  7. Jauhi dari berada dekat dengan orang-orang yang merokok.
  8. Makan lebih banyak sayuran dan buah-buahan.
  9. Jika tiba-tiba anda terasa ingin merokok, cuba tarik nafas panjang dan hembuskan. Kosongkan fikiran. Minum air sejuk dan mandi.
  10. Jangan menyerah kepada perasaan dan menghisap rokok semula. Ingat! hanya anda yang boleh mengubah diri anda sendiri.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3mXsZV1
via IFTTT

No comments:

Post a Comment