Breaking news

Tuesday, 8 September 2020

Bakal juruterbang berdepan keputusan sukar ketika ribut pandemik melanda

Mereka yang mahu menjadi juruterbang bimbang akan masa depan mereka memandangkan penerbangan komersial terhenti buat masa ini.

PETALING JAYA: Sekatan perjalanan dan penutupan sempadan menyengkang prospek kerjaya seorang juruterbang, kerana graduan sekolah latihan penerbangan berdepan industri yang kurang peluang pekerjaan.

Azharuddin Abdul Rahman, pengerusi Layang Layang Flying Academy, berkata sekolahnya di Kota Kinabalu menyaksikan pendaftaran pelajar menurun sehingga 30% manakala di Ipoh sehingga 15%, tetapi penuntut masih meneruskan latihan mereka.

Beliau merasakan situasi sekarang tidak terlalu teruk meskipun Covid-19 memberi impak kepada keseluruhan industri itu, dan setakat ini belum ada sekolah penerbangan ditutup.

Meskipun begitu, memandangkan sebahagian besar penerbangan terhenti buat sementara ini, tidak banyak pekerjaan untuk juruterbang dalam penerbangan komersial sekiranya mereka memasuki industri itu semasa pandemik.

Azharuddin Abdul Rahman

Sementara itu, seorang lagi ketua di akademi penerbangan, yang minta tidak dinamakan, tidak optimis meskipun sekolah masih menerima permohonan. “Kita tak tahu sampai bila keadaan ini sebelum orang mula kata ‘eh, saya tak mahu buang duit untuk dapatkan lesen kalau akhirnya tiada pekerjaan’.”

Mereka yang hampir mendapat lesen juruterbang komersial bergelut dengan keputusan yang sukar dan hanya nampak masa depan yang suram, katanya.

Alternatifnya adalah kargo udara, kata Azharuddin.

“Mereka tahu apa situasinya sekarang ini, dan mereka terpaksa mengatasinya. Adakah mereka akan bertukar kerjaya walaupun mereka sudah berlesen, atau mereka bertahan dan berharap akan ada peluang nanti?

“Saya fikir industri ini akan mengambil masa beberapa tahun untuk pulih,” katanya, menurut sumber-sumbernya.

Azharuddin optimis tentang prospek juruterbang, dan berharap pemulihan syarikat penerbangan akan sejajar dengan tempoh 24 bulan untuk seseorang itu dapatkan lesen juruterbang supaya pelajar akan melepasi persekolahan dan memasuki industri yang sihat.

“Saya tidak menawarkan hati mereka, tetapi mereka mesti sedar tentang situasi industri ini,” katanya.

“Sekiranya anda bersabar, bagus, dan menunjukkan hasil latihan yang baik, anda akan jadi aset bagi syarikat penerbangan.”

Beliau menjelaskan syarikat penerbangan sentiasa merancang dan memerlukan juruterbang baharu bagi menggantikan mereka yang akan bersara.

Bagi mereka yang mencari kerja-kerja juruterbang sebelum syarikat penerbangan mengiklankan kekosongan, Azharuddin mencadangkan perkhidmatan kargo udara.

Menurutnya, syarikat pengangkutan memerlukan juruterbang secukupnya untuk menampung jumlah barangan yang banyak dan jadual yang semakin rancak kerana kawalan pergerakan mendorong ramai pihak membuat pembelian secara dalam talian.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2DDVxkx
via IFTTT

No comments:

Post a Comment