Breaking news

Monday, 10 August 2020

Tip hapuskan serangga dari rumah dengan marjerin dan minyak masak

Marjerin dan minyak masak boleh hapuskan serangga dari rumah.

Setiap rumah di dunia ini pasti mengalami masalah serangga pemusnah pada satu-satu ketika.

Serangga seperti lipas, semut, dan lalat sebenarnya boleh disingkirkan menggunakan petua-petua mudah ini menggunakan barang-barang yang anda boleh dapatkan di rumah anda.

1. Perangkap lipas

Tempat anda dibanjiri dengan kerumunan lipas yang sangat menjijikkan?

Mungkin kereta anda juga mempunyai masalah yang sama.

Apa yang anda boleh buat adalah membuat campuran perangkap yang terdiri daripada marjerin, minyak masak dan susu pekat manis.

Campurkan bahan tersebut dan biarkan semalaman.

Anda akan terkejut dengan keberkesanan perangkap mudah.

2. Perangkap lalat

Lalat adalah serangga perosak yang paling menjengkelkan.

Apa yang anda perlu buat adalah cari bekas yang bermuncung tirus dan berbadan besar.

Kemudian, masukkan cuka atau cuka epal bersama potongan epal.

Mudah! Dan lihat para lalat mengerumuninya dan langsung terperangkap di dalamnya.

3. Spray untuk tumbuhan anda

Bagi mereka yang mempunyai kebun kecil atau pokok-pokok kecil yang ditanam di sekeliling rumah, mungkin anda boleh mencuba tips ini untuk mengelakkan serangan serangga perosak ini.

Seperti sestengah daripada kita, serangga-serangga ini tidak suka benda-benda pedas.

Apa yang anda boleh buat adalah rebuskan 3 sudu kepingan cili atau 10 batang cili segar yang dihiris nipis di dalam satu gelen air sehingga mendidih.

Sejukkan, dan biarkan selama 24 jam sebelum tapis dan masukkan ke dalam botol spray yang kosong.

Anda boleh spraykan ke pokok-pokok anda untuk mengelakkan kumbang atau serangga perosak.

4. Garlic-mint spray

Satu lagi resipi spray yang berkesan untuk menghalau serangga pemusnah daripada kebun anda.

Ambil daun pudina dan bawang putih.

Kisarkan ia sehingga halus dan masukkan sedikit cili dan cecair pembasuh pinggan.

Rebus campuran tersebut dan biarkan ianya sejuk semalaman.

Maka terciptalah penyembur serangga perosak yang efektif dan organik!

5. Pembunuh semut

Nak tahu cara senang nak bunuh semut? Campurkan setengah cawan gula, bersama satu cawan air suam dan 2 sudu boraks.

Boraks adalah serbuk putih yang biasa dicampurkan ke bahan pencuci untuk menbahkan kesan pencucian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3ktxd5r
via IFTTT

No comments:

Post a Comment