Breaking news

Sunday, 9 August 2020

Tip elak pokok sayur dari serangan ulat dengan cucuk bawang putih

Cucuk bawang putih seulas sebagai petua mudah dan berkesan elak pokok sayur dari serangan ulat.

Bagi yang suka bercucuk tanam sayur, tip yang dikongsi oleh Suzurina Muda ini berguna untuk diaplikasikan.

Terutama jika tanaman dah terkena serangan serangga, ulat dan siput.

Mempraktikkan kaedah ini pada tanaman bayam brazil yang diserang ulat beluncas halus kini sayurannya itu sudah kembali elok dan subur.

Caranya

  1. Ambil bawang putih seulas-seulas boleh juga satu labu kemudian cucuk atau tanam terus dalam tanah dekat dengan pokok sayur.
  2. Biasanya benih pokok bawang akan sama naik dengan pokok sayur.
  3. Kaedah ini juga boleh dibuat pada pokok cili dan sayur lain.

Sebelum ini semua bayam brazil yang ditanam tak boleh dimakan disebabkan penuh dengan ulat beluncas halus.

Kini ia hidup subur dan cantik.

Selamat mencuba!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3fKJleG
via IFTTT

No comments:

Post a Comment