Breaking news

Sunday, 9 August 2020

Sebab dan punca selalu rasa sakit perut bila berjogging

Ketahui punca asyik rasa sakit je dekat perut bila tengah jogging!

Selalunya, kalau kita jogging mesti akan rasa sakit pada bahagian perut kan?

Walhal, kita dah buat macam-macam cara untuk elak sakit tersebut.

Sebenarnya, sakit perut waktu jogging ini atas beberapa faktor.

Berikut adalah faktor-faktor yang memungkinkan kita sakit perut sewaktu berjogging:

1. Oksigen di bahagian otot perut berkurangan.

Bila kita berlari, hampir seluruh tubuh bergerak, tapi yang paling banyak bergerak adalah kaki. Oksigen yang masuk dalam badan diagihkan ke semua bahagian otot supaya otot tersebut menghasilkan energi untuk dipakai ketika berlari.

2. Dehidrasi ketika berlari.

Kalau kita kekurangan air dalam badan ketika berlari, memang senang nak dapat sakit perut tu. So stand by je air sebelum badan dehydrated.

3. Otot perut penat.

Kram atau sakit perut selalu terjadi pada orang yang berlari dengan jarak yang jauh (berbelas atau berpuluh km) Otot jadi penat, salah satu otot yang penat adalah otot abdominal atau perut.

4. Gangguan pada sistem pencernaan.

Kalau kita baru je lepas makan atau minum lepas tu terus berjogging / skipping biasanya memang senang kena sakit perut tu. At least gap kan 1-2 jam lepas makan baru exercise.

5. Perut tertekan.

Semasa berlari ‘isi perut’ terumbang ambing berlanggaran dengan organ lain, lepas tu membuat jaringan ikat perut meregang dan menimbulkan rasa sakit.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3fI7JNW
via IFTTT

No comments:

Post a Comment