Breaking news

Monday, 17 August 2020

Rusia tawar tentera ketika rakyat Belarus desak presiden berundur

Gambar AP.

MINSK: Rakyat Belarus memenuhi pusat bandar Minks semalam dalam tunjuk perasaan terbesar setakat ini terhadap pemilihan semula Presiden Alexander Lukashenko minggu lepas, yang dikatakan dicemari penipuan.

Rusia menawarkan bantuan ketenteraan kepada Lukashenko sekiranya perlu, tetapi tiada kehadiran polis yang ketara di tunjuk perasaan itu, yang mengundang sekitar 200,000 orang, menurut anggaran wartawan Reuters.

Sekurang-kurangnya 2 penunjuk perasaan mati dan ribuan ditahan dalam tindakan keras pihak berkuasa sejak pemilihan itu.

Suasana di tunjuk perasaan itu, yang bersurai pada waktu malam, secara keseluruhannya meriah, dengan orang ramai membawa bendera merah dan putih yang digunakan di Belarus selepas Kesatuan Soviet dibubarkan, sebelum Lukashenko mengembalikan bendera lama zaman Soviet 4 tahun kemudian.

Penentang Lukashenko, yang berkuasa sejak 26 tahun lalu, mendakwa pengundian ditipu kerana Lukashenko hilang sokongan rakyat.

Lukashenko nafi hilang sokongan, memetik keputusan rasmi yang menunjukkan beliau peroleh lebih 80% undi.

Kremlin berkata Presiden Rusia, Vladimir Putin, beritahu Lukashenko bahawa Moscow sedia membantu Belarus, mengikut pakatan ketenteraan bersama, jika perlu dan pihak asing sedang menekan Belarus.

Rusia bagaimanapun tidak mendedahkan dari mana tekanan itu.

Rusia memerhatikan perkembangan dengan dekat kerana Belarus menempatkan saluran paip yang menyalurkan eksport tenaga dari Rusia ke Barat, dan Moscow juga menganggap Belarus sebagai zon penampan menghadapi Nato.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3h42VnK
via IFTTT

No comments:

Post a Comment