Breaking news

Monday, 3 August 2020

PM Kosovo positif Covid-19

Avdullah Hoti tidak mempunyai simptom Covid-19, kecuali batuk yang ringan. (Gambar Facebook)

PRISTINA: Perdana Menteri Kosovo, Avdullah Hoti mendedahkan beliau positif Covid-19 dan akan menjalani kuarantin selama 2 minggu.

“Hari ini saya melakukan ujian Covid-19 dan keputusannya positif,” tulis Hoti di Facebooknya pada lewat malam Ahad.

Katanya, beliau sudah memulakan kuarantin 14 hari dan akan menjalankan tugasnya dari rumah.

“Saya tidak ada simptom (penyakit itu), kecuali batuk yang ringan,” kata Hoti yang baru mengambil alih jawatan perdana menteri awal Jun lalu.

Seperti wilayah Balkan lain, Kosovo melaporkan lonjakan kes Covid-19 sejak Jun lalu.

Kosovo ialah sebuah daripada negara termiskin di Eropah dengan infrastruktur perubatan paling mundur.

Negara berjumlah 1.8 juta penduduk itu sehingga kini mencatatkan kira-kira 249 kematian dan hampir 9,000 kes positif.

Awal bulan ini, Ketua Kesatuan Sektor Kesihatan Kosovo, Blerim Syle memberi amaran negara itu mungkin berdepan nasib sama seperti Wuhan – merujuk wilayah China yang paling teruk terjejas akibat virus itu.

Jun lalu, Menteri Hal Ehwal Veteran Bosnia, Salko Bukvarevic, 53, meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3gze2Ve
via IFTTT

No comments:

Post a Comment