![](https://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2020/06/syed-saddiq-fmt-110520-1.jpg)
PETALING JAYA: Pemuda PPBM mengucapkan tahniah kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bercadang menubuhkan sebuah parti baru berasaskan belia serta terima kasih terhadap usahanya ketika mengetuai sayap itu.
Ketua Penerangan Pemuda PPBM,Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir turut menyambut baik usaha Syed Saddiq membawa gelombang baru kepada arena politik yang penting untuk belia mengambil bahagian dalam politik.
“Di kesempatan ini, mewakili Pemuda PPBM, dengan santun dan rendah hati ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Syed Saddiq atas jasa bakti beliau menerajui Pemuda PPBM dan membuka platform ini untuk kami terus berjuang.
“Pemuda PPBM turut mendoakan kejayaan Syed Saddiq dalam menerajui gerakan baru selaku ‘pesaing’ politik dan tidak
menolak sebarang kerjasama dalam agenda membangunkan negara.
“Dalam pada itu, kami Pemuda PPBM akan terus berusaha dan berkhidmat di bawah kepimpinan Ketua Pemuda PPBM yang baru, Wan Ahmad Fayhsal Ahmad Kamal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Syed Saddiq mengesahkan beliau tidak akan menyertai Pejuang, parti baru yang ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya akan menubuhkan parti politik baru berbilang kaum dan memfokuskan belia.
Katanya, politik Malaysia tidak akan “dikawal dan dimonopoli” orang sama dan parti barunya terdiri daripada teknokrat, profesional dan ahli politik muda pelbagai latar belakang.
from Free Malaysia Today https://ift.tt/2FMiQJs
via IFTTT
No comments:
Post a Comment