Sering bermimpi dan bercita-cita untuk bekerjasama dengan bintang Hollywood terkenal?
Mungkin inilah masanya untuk anda merealisasikan impian dan cita-cita yang lama terpendam sebelum ini dengan terlibat dalam projek terbaru yang di promosikan pelakon terkenal Joseph Gordon-Levitt di akaun Facebooknya.
Dalam satu perkongsian yang dibuat, Gordon-Levitt yang popular dengan lakonannya dalam filem blockbuster seperti 500 Days of Summer, Inception dan Don Jon kini sedang mencari sesiapa sahaja yang boleh berbahasa Melayu untuk membantu beliau.
“Ada sesiapa di sini boleh bertutur dalam bahasa Melayu? Saya sedang mencari sesiapa yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu?
“Saya hanya perlukan seseorang untuk merakam dengan membaca satu perkataan sahaja dalam Bahasa Melayu untuk projek seterusnya,” tulisnya dalam hantaran itu.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan menyumbangkan suara anda bagi tujuan rakaman dan paling menarik, anda hanya diperlukan untuk menyebut puisi dalam Bahasa Melayu.
Arahan yang muncul di halaman tersebut hanya meminta anda untuk “merakam diri anda mengucapkan puisi dalam bahasa anda”.
Selepas merakam suara anda menyebut sajak atau syair sama ada menggunakan aplikasi perakam di telefon pintar atau di komputer, anda hanya perlu memuat naik rakaman tersebut dan mengisi beberapa maklumat ringkas.
Selepas selesai memuat naik rakaman suara, anda akan dimaklumkan rakaman tersebut telah berjaya dan menerima ucapan terima kasih daripada laman “Hitrecord” tersebut.
Walaupun tidak dinyatakan dengan lebih lanjut mengenai projek tersebut, namun siapa tahu tuah anda terpilih dan sudah pasti ia membanggakan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/33ME4B3
via IFTTT
No comments:
Post a Comment