Breaking news

Wednesday, 12 August 2020

Gara-gara masuk percuma, ribuan pelancong bersesak di pusat akuarium Wuhan

Kebanyakan orang dilihat sudah mula mengabaikan penjarakan fizikal dan inilah yang berlaku di pusat akuarium Wuhan.

Wuhan, China dipercayai menjadi lokasi pertama tularnya wabak Covid-19, yang kini menjangkiti lebih 20 juta orang di serata dunia.

Namun selepas beberapa bulan negara itu mula mencatatkan penurunan kes, orang ramai dilihat sudah mula lali dan tidak mengendahkan peraturan.

Dan inilah yang berlaku di Wuhan Polar Ocean Park baru-baru ini.

Foto tular menunjukkan ribuan pelancong bersesak di pusat akuarium yang terletak di Wuhan, China dan lebih membimbangkan semua pelancong yang hadir tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Situasi ini sekaligus menyebabkan orang ramai mula risau akan berlakunya gelombang kedua jangkitan wabak itu.

Tarikan luar biasa pelancong ini kerana tiada bayaran masuk dikenakan menyebabkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melawat ke pusat akuarium berkenaan.

Ketika ini, kes jangkitan Covid-19 masih meningkat di Eropah, dengan lebih 5 juta kes di catatkan di Amerika Syarikat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3fOBXPx
via IFTTT

No comments:

Post a Comment