![](https://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2020/08/Pulau-Pinang-Pulau-Undan_ferry-terminal_email-24082020.jpg)
GEORGE TOWN: Perkhidmatan feri di Pulau Pinang, Rapid Ferry yang tergendala berikutan masalah teknikal pada enjin sejak semalam dijangka pulih dalam masa 3 hari.
Rapid Ferry dalam kenyataan malam tadi berkata, masalah teknikal enjin bagi 2 feri, iaitu Pulau Angsa dan Pulau Undan dikenal pasti pada 1.30 pagi Isnin ketika penyelenggaraan serta baik pulih rutin dijalankan.
Menurut Rapid Ferry, feri Pulau Angsa sudah dibaik pulih dan kembali beroperasi 6 pagi tadi dengan penumpang boleh menaiki feri pada kekerapan setiap 40 minit.
Perkhidmatan alternatif sebanyak 5 bas dikekalkan bagi membantu melancarkan perjalanan terutama di waktu puncak.
Bagaimanapun, feri Pulau Undan yang memerlukan alat ganti khusus dijangka pulih Khamis ini.
“Pihak kami akan mencuba sedaya upaya untuk mempercepatkan proses ini,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Rapid Ferry memaklumkan perkhidmatan feri Pulau Talang dan Pulau Kapas diberhentikan sementara kira-kira sebulan lalu kerana memerlukan penyelenggaraan enjin serta baik pulih yang serius.
“Proses ini mungkin mengambil masa lebih kurang 6 minggu kerana alat ganti khusus perlu ditempah dari Sweden dan Ireland.
“Pihak Rapid Ferry memohon maaf kepada semua penumpang atas segala kesulitan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Rapid Ferry di Facebook @rapid ferry.”
from Free Malaysia Today https://ift.tt/3jbZ2xH
via IFTTT
No comments:
Post a Comment