Breaking news

Tuesday, 18 August 2020

Doktor kritikal Covid-19 beri alat bantuan pernafasannya kepada warga emas

Dr Sanket yang sedang dirawat membuat keputusan untuk mencabut mesin oksigennya dan berikan kepada pesakit yang sedang kritikal.

Pada 12 Ogos lepas, Times of India melaporkan yang Dr Sanket Mehta, seorang pakar anestetik yang dimasukkan ke dalam ICU kerana positif Covid-19 membahayakan nyawanya hanya untuk menyelamatkan seorang penyakit.

Dikatakan, kejadian ini berlaku pada malam 9 Ogos lalu di salah sebuah hospital di Adajan, India. Dr Sanket yang berusia 37 tahun ini dimasukkan ke ICU selepas kadar oksigen dalam badannya menurun menyebabkan dia sukar untuk bernafas. Di sana, dia telah diberikan alat bantuan pernafasan.

Kebetulan, seorang warga emas berusia 71 tahun dikejarkan ke dalam ICU dan sangat memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tapi, staf hospital masih perlu mengikut SOP yang mengambil masa lebih kurang 15-20 minit sebelum dapat memberikan bantuan pernafasan kepada pesakit tersebut.

Dr Sanket yang berada di wad yang sama ketika itu membuat keputusan untuk mencabut mesin oksigennya dan cepat-cepat berikan pada pesakit yang sedang kritikal itu.

Untuk pengetahuan, bantuan pernafasan perlu diberikan kepada pesakit yang kurang oksigen dalam masa 3 minit, jika tak pesakit berisiko untuk mendapat kerosakan otak yang parah.

Ketika Dr Sanket cuba untuk membantu pesakit warga emas itu, dia sendiri berada dalam keadaan lemah dan separa kritikal namun dia tetap gagahkan diri untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Malangnya, pada 12 Ogos, pesakit warga emas tersebut disahkan meninggal dunia kerana Covid-19 dan ketika berita tersebut disampaikan ke Dr Sanket, kekecewaan jelas terpancar pada wajahnya walaupun dia tak boleh bercakap.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/317x3cq
via IFTTT

No comments:

Post a Comment