Pentadbiran Ubat-Ubatan Makanan (FDA) menemui kandungan berbahaya dalam produk cecair hand sanitizer.
FDA menyatakan kandungan metanol iaitu satu bentuk alkohol berbahaya pada produk hand sanitizer berpotensi meracun tubuh manusia melalui perantara kulit.
Ketika ini, produk pembasmi kuman itu menjadi keperluan penting sejak penularan Covid-19 sehingga membuatkan banyak perusahaan mengeluarkan hand sanitizer untuk dijual kepada pelanggan.
Disebabkan itu, ada di antara mereka mengambil kesempatan dengan menggunakan metanol dalam produk mereka yang jelas membahayakan kesihatan.
“Kegagalan pengeluar menarik balik semua produk yang mengandungi metanol akan meningkatkan risiko keracunan pada masyarakat,” kata FDA dalam satu kenyataan.
FDA turut menasihatkan agar masyarakat lebih berhati-hati ketika membeli produk pembersih tangan itu dengan menyemak kandungan digunakan serta membeli hand sanitizer jenama yang dipercayai.
Awal bulan lalu, FDA memberitahu sekurang-kurangnya terdapat 4 kes kematian di New Mexico disebabkan keracunan metanol yang terdapat dalam hand sanitizer.
Alkohol jenis isopropil yang biasa digunakan dalam pembuatan hand sanitizer bagaimanapun selamat dan tidak beracun seperti metanol.
Tempat umum juga banyak disediakan hand sanitizer namun tidak diketahui kandungannya.
Bagaimanapun FDA tetap tidak menyarankan produk itu dimakan atau diminum.
“Kesan keracunan metanol boleh menyebabkan seseorang berasa mual, muntah, sakit kepala, penglihatan kabur, buta kekal, kekejangan, rosak sistem saraf dan menyebabkan kematian.
“Meskipun ia hanya digunakan pada tangan namun ia tetap berisiko untuk terkena keracunan metanol,” kata FDA.
Setakat ini, FDA telah mengenal pasti penggunaan methanol bagi lebih 75 jenama dan kebanyakannya tidak menyenaraikan metanol sebagai bahan kandungannya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/31ha11z
via IFTTT
No comments:
Post a Comment