Baru-baru ini, semua orang dikejutkan dengan berita mengenai seorang ayah secara tidak sengaja meninggalkan anaknya di tempat duduk belakang kereta selama 10 jam hingga menyebabkan kematian kanak-kanak tersebut.
Berita itu ternyata memberi impak besar kepada semua orang sehinggakan ada yang menyalahkan si ayah tersebut kerana leka dan tidak sedar akan keberadaan anaknya di dalam kenderaan tersebut.
Bagaimanapun, tidak wajar kita tuding jari siapa yang salah dalam kejadian tersebut dan lebih baik mencari jalan penyelesaian supaya tiada lagi ibu bapa yang bakal mengalami nasib yang sama seperti ayah malang itu.
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang netizen mengesyorkan supaya para ibu bapa mengaktifkan setting “Child Reminder” di Waze sebagai langkah berjaga-jaga.
Aplikasi ini menurutnya akan mengingatkan ibu bapa untuk memeriksa keadaan anak mereka yang berada di dalam kereta sebaik saja mereka tiba di destinasi.
Seperti yang dipamerkan, Waze akan mengeluarkan notifikasi yang tertera untuk mengingatkan anda supaya periksa keadaan anak di dalam kereta.
Jadi bagi ibu bapa yang terlalu sibuk dan penat bekerja bolehlah mencuba tip ini demi kebaikan bersama.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/2Q18Ca3
via IFTTT
No comments:
Post a Comment