Breaking news

Monday, 10 August 2020

8 cawangan PPBM di Hulu Langat bubar, 450 ahli keluar parti

Ketua 8 cawangan PPBM di Bahagian Hulu Langat bergambar bersama selepas membuat keputusan membubarkan cawangan masing-masing dalam mesyuarat malam tadi.

PETALING JAYA: Lapan cawangan PPBM di Bahagian Hulu Langat dibubarkan selepas semua 450 ahlinya didakwa meninggalkan parti itu semalam.

Ketua 8 cawangan itu – Dusun Tua, Semenyih Indah, Bandar Rinching Seksyen 5-6, Kuala Pajam, Kampung Rinching, Kampung Tanjong, Batu 26 Beranang dan Batu 10 Cheras – membuat keputusan itu dalam mesyuarat malam tadi.

Mereka dalam kenyataan hari ini mendakwa PPBM Bahagian Hulu Langat hampir lumpuh susulan keputusan keluar parti beramai-ramai dan pembubaran 8 cawangan itu.

Katanya, pembubaran 8 cawangan itu ialah mesej jelas ahli akar umbi terhadap keputusan pucuk pimpinan PPBM yang lari daripada objektif dan prinsip asalnya.

“Prinsip PPBM beramanah dan bermaruah tidak lagi menjadi asas perjuangan parti.

“Jangkaan akan ada lebih banyak cawangan dan ahli parti Bahagian Hulu Langat meninggalkan parti dan bersama perjuangan Dr Mahathir Mohamad.”



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3krYN31
via IFTTT

No comments:

Post a Comment