Breaking news

Thursday, 16 July 2020

Wow… Restoran di India cipta ‘Roti Canai Face Mask’

Memandangkan masih ramai warga India tidak mementingkan pemakaian topeng, sebuah restoran cipta ‘roti canai facemask’.

India terus mencatatkan kes harian tertinggi namun sehingga kini masih ramai yang tiada kesedaran tentang wabak Covid-19 di negara itu.

Memandangkan masih tiada kesedaran norma baru, sebuah restoran Tamil di Madurai mengambil inisiatif untuk menaikkan kesedaran masyarakat dengan memperkenalkan konsep roti canai terbaru iaitu “roti canai facemask”.

Menurut Times of India, peningkatan kes yang mendadak dilaporkan baru-baru ini membuatkan idea tersebut timbul.

Pemilik Hotel Temple City, K Lakshmana Kumar berkata idea itu juga datang disebabkan masih ramai penduduk di Madurai yang tidak memakai topeng.

“Walaupun diwajibkan untuk memakai topeng, saya lihat masih ramai yang melanggar peraturan tersebut. Saya mahu pihak kami (restoran) melakukan sesuatu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pelitup muka,” katanya.

“Roti canai facemask” itu dijual pada harga RM2.83 sama seperti harga roti canai yang lain.

Apabila ada sesuatu yang rare seperti ini, ramai yang akan selfie bersama roti canai tersebut.

Jadi, secara tidak langsung dia yakin orang ramai akan terbiasa dan faham dengan fungsi serta kepentingan memakai topeng.

Kisah ini menjadi viral di internet terutamanya Twitter dan ramai yang rasa ianya lawak namun ada juga tidak yakin roti canai facemask ini akan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai di bandar tersebut.

Walau apapun, menurut Kumar, restoran itu akan terus menyediakan topeng di premis dan beri kepada pelanggan yang tidak memakainya.

“Kami memang akan berikan topeng secara percuma kepada pelanggan yang datang ke restoran tanpa memakainya.”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2CiqBFD
via IFTTT

No comments:

Post a Comment